5 Cara Kempiskan Perut Tanpa Senaman

5 Cara Kempiskan Perut Tanpa Senaman

Ada cara untuk kempiskan perut tanpa senaman. Ini kerana 80% sebenarnya adalah datang daripada pemakanan yang sihat dan selebihnya barulah datang daripada senaman. Jadi kita boleh lebih fokus kepada peratusan yang lebih tinggi tersebut. Ada caranya.

Siapa je kan yang mahu perut buncit? Yang sudah pastinya banyak keburukan daripada kebaikan tertuamanya dalam aspek kesihatan. Selain itu juga, sukat mencari pakaian atau seluar dengan ukuran yang sesuai dan pelbagai lagi.

Cara Kempiskan Perut Tanpa Senaman

Banyak keadah dan cara untuk mengempiskan perut atau kecilkan perut yang efektif tanpa harus bersenam gila-gila setiap hari. Ikuti perkongsian 5 cara mengecilkan perut tanpa perlu bersenam.

#1.  Jauhi Gula

Kandungan gula terdiri dariapda sukrosa dan fruktosa. Jika ketika anda mengambil gula, fruktosa akan masuk ke dalam hati anda, jika fruktosa yang masuk ke dalam hati anda terlalu banyak, maka hati akan mengubah fruktosa menjadi lemak. 

Jauhi Gula

Gula, sama ada dalam bentuk padat ataupun cair, ianya masih memberikan kesan yang sama. Ini termasuk juga dalam minuman botol, bahkan jus juga mengandungi gula yang cukup banyak. Namun, gila yang baik buat anda iaitu gula yang terkandung di dalam buah asli. Buah selain mengandungi gula, ianya juga mengandungi banyak serat yang boleh meneutralkan kesan sampingan dari gula.

Jadi, cara mengecilkan perut tanpa senaman ialah, hindari gula seboleh mungkin dalam pemakanan harian anda.

#2.  Kurangkan Karbohidrat

Kurang ambil karbohidrat bermaksud anda mengurangi nafsu makan, mengurangi nafsu makan bermakna mengurangi berat badan sekali juga mampu mengempiskan perut. Diet rendah karbohidrat juga membantu anda mengurangi berat air (jumlah air yang disimpan dalam sel tubuh anda) yang menjadikan berat badan anda berkurang hanya dalam beberapa hari.

Karbohidrat seperti nasi, tepung dan pasta menyebabkan kenaikan jumlah lemak di perut anda. Jika anda ingin menurunkan berat badan secara cepat, cuba kurangkan jumlah karbohidrat dalam sehari. Dengan mengurangkan ambil karbohidrat, maka tubuh anda akan mengalamai fasa ketosis, ini adalah fasa di mana tubuh akan menggunakan sumber tenaga dalam (lemak) kerana tidak mendapatkan dari makanan dari luar. 

Kini anda mampu untuk menurunkan berat badan sekali gus mengempiskan perut, mengecilkan ukuran pinggang dan juga membantu untuk mengurangi risiko terkena penyakit diabetes.

#3.  Minum Air Yang Banyak

Antara tips yang anda boleh lakukan dengan mudah iaitu pengambilan air yang secukupnya. Minum air sangat bermanfaat untuk mengecilkan perut anda dan sekali gus mampu menurunkan berat badan. Minum 2 liter air (8 gelas) sehari mampu membakar 96 kalori sehari. Minum air akan lebih efektif membantu anda mengecilkan perut secara semula jadi jika anda minum 0.5 liter air (2 gelas) dalam 30 minit sebelum makan. Sebab perut dan penuh air, anda tidak akan makan berlebihan.

Minum Air Yang Banyak

Selain itu, kopi dan green tea juga mampu membantu anda menuruskan berat badan kerana kafein yang terkandung di dalamnya membantu meningkatkan metabolisme tubuh, yang mana lebih banyak kalori yang terbakar. Tapi jangan campurkan gula pula.

#4.  Makan Makanan Berserat

Cara keempat untuk anda kempiskan perut adalah ambil makanan berserat. Serat adalah satu satu makanan yang paling mudah dicerna. Namun tidak semua serat boleh membantu anda mengempiskan perut. Serta yang paling berguna adalah jenis serat kental (viscous fiber). Serat jenis ini akan menyerap air dalam tubuh anda dan membentuk gel di dalam pencernaan anda. Gel ini pula akan melambatkan proses lewatnya makanan di saluran pencernaan anda dan juga proses penyerapan nutrisi daripada makanan tersebut, sehingga anda akan merasa kenyang lebih lama.

Viscous fiber ini banyak di buah, sayur dan kekacang. Jadi, mulalah makan buah dan sayur sekarang bagi mengantikan snack yang banyak gula dan pewarna tersebut.

#5.  Pengambil Protein Yang Mencukupi

Protein berperanan penting dalam menurunkan berat badan. Fungsi protein dalam proses mengecilkan perut adalah mengurangi keinginan makan serta meningkatkan metabolisme tubuh hingga mampu membakar lebih kalori sehari. 

Jadi jika anda berhajat untuk kempiskan perut serta kurangkan berat badan, cuba tambahkan pengambilan protein dalam menu. Jadi, mula mengambil lebih banyak protein daripada sumber seperti telur, daging, ikan, ayam dan susu

Pengambil Protein Yang Mencukupi

Inilah antara 5 cara mengempiskan perut tanpa senaman buat mereka yang malas bergerak. Sudah pastinya jika anda ikuti langkah di atas, ianya akan lebih efektif jika anda gabungkan dengan amalan senaman yang teratur. Barulah lagi cepat perut slim kan.

Post a Comment

Previous Post Next Post