'Sale Advisor" Ini Kongsikan Bayaran Bulanan Bagi Setiap Kereta Honda Untuk Tahun 2021

bayar bulanan kereta honda untuk tahun 2021

Ada teringin nak pakai Honda tapi tak tahu berapa agaknya anggaran bulanan bagi setiap kereta Honda yang dijual di Malaysia kan untuk tahun 2021. Sekurang-kurangnya anda boleh bajet dan tahu adakah layak untuk anda menggunakan kereta Honda.

Honda juga antara jenama daripada Jepun yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia selain daripada Toyota, Nissan dan sebagainya. Jadi jik anda bercadang untuk dapatkan kereta baru, Sale Advisor, @afiqueafandi ada kongsikan model dan spesifikasi bersama bayaran bulanan untuk kereta Honda mampu milik.

Model, Spesifikasi Dan Bayaran Bulanan Kereta Honda

Nasihat daripada Sale Advisor sendiri, lebih baik sediakan downpayment 10% bagi setiap model yang anda ingin beli. Senarai ini juga bermula dengan kereta kompak yang lebih murah kepada kereta CRV yang lebih mahal

1.  Honda Jazz S Spec

Honda Jazz S Spec

  • 2 airbags
  • Ada ABS, EBD, BA & reverse sensor
  • Player audio digital boleh bluetooth 
  • Ada ULTRA SEAT (paling function untuk Jazz)
  • 9 cup holders
  • Boot capacity 363L (macam macam boleh sumbat)
  • Rim 15 inci

Bulanan RM758 dengan downpayment RM7,500 (10%)

2.  Honda Jazz E Spec

Honda Jazz E Spec

  • Ada 4 airbags 
  • Ada VSA, ABS, EBD, BA, HSA, ESS & reverse camera
  • Touchscreen 6.8 inci
  • Audio controller pada stereng 
  • Ada ULTRA SEAT (paling function untuk Jazz)
  • 7 cup holders
  • Boot capacity 363L
  • Rim 15 inci
Bulanan RM816 dengan downpayment RM8,100 (10%)

3.  Honda City S Spec

Honda City S Spec

  • Ada 4 airbags 
  • Ada VSA, ABS, EBD, BA, HSA, ESS & reverse sensor
  • Player audio digital boleh bluetooth 
  • Headlamp projector halogen 
  • Aircond manual
  • Boot capacity 519L
  • Rim 15 inci (single tone)

Bulanan RM776 dengan downpayment RM7,700 (10%)

4.  Honda City E Spec

Honda City E Spec

  • Ada 4 airbags 
  • Ada VSA, ABS, EBD, BA, HSA, ESS & reverse sensor
  • Touchscreen 8 inci (Apple CarPlay & Android Auto)
  • Paddle shift & auto cruise 
  • Engine remote start
  • Boot capacity 519L
  • Rim 15 inci (dual tone)
Bulanan RM852 dengan downpayment RM8,500 (10%)

5.  Honda HRV E Spec

Honda HRV E Spec

  • Ada 6 airbags 
  • Ada ABH, ABS, EBD, VSA, ESS & HSA
  • Touchscreen baru 7 inci (Apple CarPlay & Android Auto)
  • Paddle shift & auto cruise 
  • Ada ULTRA SEAT
  • Auto halogen headlamp
  • Boot capacity 437L
  • Rim 17 inci

Bulanan RM1,087 dengan downpayment RM10,800 (10%)

6.  Honda HRV V Spec

Honda HRV V Spec

  • Ada 6 airbags 
  • Ada ABH, ABS, EBD, HSA, ESS & VSA
  • Touchscreen baru 7 inci (Apple CarPlay & Android Auto)
  • Ada ULTRA SEAT
  • Ada Honda Lanewatch
  • Auto LED headlamp 
  • Boot capacity 437L
  • Rim 17 inci

Bulanan RM1,184 dengan downpayment RM11,800 (10%)

7.  Honda Civic 1.8 S Spec

Honda Civic 1.8 S Spec

  • Ada 6 airbags 
  • Ada VSA, AHA, ABS, EBD, BA, ABH, HSA & ESS
  • Touchscreen 7 inci (Apple CarPlay & Android Auto)
  • Engine remote start
  • Walk away auto lock
  • Electric seat
  • Boot capacity 519L
  • Rim 16 inci

Bulanan RM1,142 dengan downpayment RM11,400 (10%)

8.  Honda Civic 1.5 TC Spec

Honda Civic 1.5 TC Spec

  • Ada 6 airbags 
  • Ada VSA, AHA, ABS, EBD, dan sebagainya
  • Touchscreen 7 inci (Apple CarPlay & Android Auto)
  • Honda Lanewatch
  • Engine remote start
  • Walk away auto lock
  • Ada turbo
  • Boot capacity 519L
  • Rim 17 inci

Bulanan RM1,305 dengan downpayment RM12,900 (10%)

9.  Honda CRV 2.0 2WD Spec

Honda CRV 2.0 2WD Spec

  • Ada 6 airbags
  • Ada ABS, EBD, VSA, HSA, dan pelbagai lagi
  • Touchscreen 7 inci (Apple CarPlay & Android Auto)
  • Honda Lanewatch
  • Electric seat with lumbar support
  • Walk away auto lock
  • Boot capacity 522L 
  • Rim 17 inci

Bulanan RM1,459 dengan downpayment RM14,500 (10%)


sumber : twitter afiq afandi

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments