Cara Setting Remote Astro Untuk Sambung Dengan TV

Cara Sambungkan Remote Astro Ultra Box Dengan TV

Astro Ultra Box dah satu remote. Kemudian tv lagi dah satu remote. Jadi kalau nak tengok tv Astro kena guna dua remote. Dia jadi macam leceh la perlukan 2 peranti dalam satu masa untuk nikmati hiburan di kaca tv. Sebenarnya boleh sahaja anda set dan sambungkan remote Astro Ultra Box anda dengan tv.

Dengan cara ini, anda tidak lagi perlukan 2 remote untuk mengawal tv dan astro dalam satu masa. Sebelum ini ada kami kongsikan cara sambungkan remote TV dan Astro biasa. Tetapi ianya khusus untuk Astro PVR dan kebawah sahaja. Kali ini kami kongsikan khusus untuk pengguna Astro Ultra Box.

Sekarang pun sudah ramai yang menggunakan Ultra Box dan nikmati pelbagai kelebihan yang ditawarkan. Paling best mestilah tidak perlu risau siaran terganggu akibat hujan sebab dia dah tersambung dengan wifi. Selain itu, interface lebih moden dan boleh nikmat kualiti Ultra-HD atau dalam resolusi 4K.

Boleh Dapatkaan Remote Astro Ultra Box Terbaru Disini & Disini

Jadi lepas ni kalau nak on off tv, on off astro, kuat kurangkan volume, alih siaran dan pelbagai lagi, anda hanya boleh menggunakan satu remote sahaja atau alat kawalan jauh iaitu daripada remote astro ultra box.

Remote Astro Ultra Box dan Ulti Box adalah sama. Jadi anda juga boleh gunakan tatacara dibawah sekiranya anda menggunakan Astro Ulti Box.

Cara Sambungkan Remote Ultra Box Dengan TV

Ikuti langkah mudah seperti dibawah untuk set dan sambungkan remote Astro Ultra Box dengan mana-mana jenis smart TV anda:

  1. Pada remote Astro Ultra Box anda klik butang 'arrow' di bahagian bawah sekali sebelah butang 0 selama 3 saat sehingga LED berkelip 2 kali
  2. Kemudian tekan 2 digit kod tv mengikut jenama tv anda dan tunggu sehingga LED berkelip 2 kali (kod seperti dalam senarai dibawah dengan mengikut jenama tv)
  3. Jika sudah, boleh cuba untuk gunakan remote Astro Ultra Box anda untuk kawal on off tv, volume tv dan input tv). Anda boleh tengok adakah ianya berfungsi
  4. Sekiranya ianya berfungsi, anda boleh tekan butang OK dan tunggu sehingga LED berkelip 2 kali 
  5. Tetapi sekiranya tidak berfungsi, anda tekan anak panah ke kanan sehingga LED berkelip. Kemudian ulang semula langkah 4 sehingga berjaya.
  6. Selesai

Kod Jenama TV (2-digit)

Samsung (10) | Sharp (15) | Hisense (20) | LG (11) | Philipis (16) | TCL (21) | Sony (12) | JVC (17) | Skyworth (22) | Panasonic (13) | Hitachi (18) | Xiaomi (23) | Toshiba (14) | Haier (19)

Untuk Reset Remote Ultra Box

Tetapi sekiranya anda tidak lagi berminat untuk sambungkan remote tv dengan astro ultra box, anda boleh reset dengan tekan lama serentak butang 7 dan 9 pada remote astro ultra box selama 3 saat. LED akan berkelip 4 kali dan menunjukkan proses berjaya.

Untuk lebih jelas, anda boleh ikuti langkah-langkah (Step 1-5) daripada rajah bergambar dibawah

Cara Set Dan Sambungkan Remote Astro Ultra Box Dengan TV

Untuk pengetahuan, remote Astro Ultra Box ada 2 jenis iaitu yang baru dan yan lama. Yang baru kini berwarna hitam dan pink berbanding yang lama berwarna hitam sahaja. Jangan risau fungsinya masih sama sahaja. Dua-dua masih boleh menggunakan setting yang sama.

Sekiranya anda ingin dapatkan remote Astro Ultra Box yang baru, anda boleh sahaja beli disini atau disini dan ianya boleh terus digunakan seperti biasa di rumah.

remote ultra box yang baru

Info lanjut, boleh rujuk di Astro Help & Support

Post a Comment

Previous Post Next Post