Confirm Sedap! Ikuti Resepi Dan Cara Buat Macaron Coklat

Resepi Dan Cara Buat Macaron Coklat

Dapat sediakan macaron sendiri di rumah pastinya buat kita happy lagi-lagi dapatkan sediakan macaron coklat untuk yang tersayang. Tambahan pula, mereka suka akan perisan coklat dan makanan-makanan manis.

Jadi anda boleh sediakan macaron coklat di rumah dengan penyediaan mengikut resepi yang disediakan. Nanti bolehlah hidangkan ketika minum petang atau sediakan ketika sambutan hari jadi ke atau boleh juga sediakan juada ketika Hari Raya Aidilfitr. Terutamanya kanak-kanak yang datang, mesti mereka suka kan.

Resepi dan Cara Buat Macaron Coklat

Jadi tanpa berlengah lagi, jom kita ikuti perkongsian resepi dan cara buat macaron coklat yang confirm sedap!

Bahan-Bahan

  • 100 g gula aising
  • 60 g serbuk koko
  • 75 g serbuk kacang badam
  • 50 g gula kastor
  • 2 biji telur (ambil putinya sahaja)

Bahan Untuk Inti Coklat

  • 100 g coklat gelap (potong kecil)
  • 150 ml double cream (tenusu)

Cara Memasak

1.  Campur gula aising, serbuk koko dan serbuk badam di dalam pengisar makanan. Kisar seketika hingga sebati. Kemudian ayak dan ketepikan.

2.  Masukkan putih telur ke dalam mangkuk pengadun. Putar sehingga kembang dan pekat (Soft peak). Setelah itu, secara perlahan-lahan masukkan gula kastor sambil diputar hingga adunan nampak berkilat

3.  Masukkan adunan yang telah diayak tadi ke dalam adunan putih telur sedikit demi sedikit. Gaul secara kaup balik sehingga sebati. Keluarkan.

4.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Paipkan ke atas dulang yang telah dilapikkan dengan kertas pembakar bersair 2.5 cm. Kemudian hentarkkan dulang agar buih-buih macaron hilang.

5.  Jangan lupa untuk rehatkan macaron selama 30 minit hingga permukaannya betul-betul kering.

6.  Panaskan ketuhar pembakar sehingga 160°C selama 15 minit.

7.  Bakar macaron selama 10-15 minit. Setelah masak, keluarkan daripada ketuhar dan biarkan lebih kurang 10 minit hingga sejuk.

8.  Kemudian tanggalkan dari keras pembakar. Biarkan lagi sehingga benar-benar sejuk.

Untuk Buat Inti Coklat

1.  Letak potongan coklat yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk tahan panas. Masak secara double boiler. Kacau perlahan sehingga coklat larut sepenuhnya. Biarkan sejuk selama 15 - 20 minit atau sehingga coklat pekat.

2.  Kemudian, ambil adunan inti coklat dan masukkan ke dalam piping bag. Paipkan inti coklat di atas sekeping macaron dan kemudian lapiskan dengan satu keping macaron yang lain. Ulang proses sehingga habis. Siap untuk dihidangkan!

Post a Comment

Previous Post Next Post