NTV7 Kini Menjadi Saluran Khusus TV Pendidikann Yang Dikenali Sebagai DidikTV KPM

Saluran Khusus TV Pendidikann Yang Dikenali Sebagai DidikTV KPM

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sebuah saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM mulai 17 Februari 2021.

Jika sebelum ini, hanya Astro sahaja yang menyediakan sebuah saluran khusus untuk pendidikan iaitu di Tutor TV Astro. Kali ini KPM telah bersetuju untuk terbitkan sebuah saluran khas percuma untuk TV Pendidikan.

Kerajaan mewujudkan saluran khusus ini adalah usaha berteruskan KPM dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara lagi-lagi sekarang ini murid-murid jalani PdP di rumah disebabkan pandemik COVID-19 dan juga arahan PKP yang tidak dibenarkan sekolah dibuka lagi.


Saluran Khas TV Pendidikan (DidikTV KPM)

Sepanjang tempoh PKP bermula Mac 2020 sehingga tahun ini, Kerajaan telah menyediakan program TV Pendidikan untuk tempoh secara keseluruhan selama 11 jam iaitu melalui TV Okey RTM, Tutor TV Astro dan DidikTV@ntv7. 

Kini buat pertama kali, bukan sahaja program TV, tetapi KPM memperkenalkan saluran TV terus khusus untuk pendidikan iaitu bermula seawal 7 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari.

didiktv kpm
sumber gambar : selangorkini

Walaubagaimanapun, ianya bukanlah saluran baru, ini kerana TV Pendidikan ini akan mengambil alih sepenuhnya saluran NTV7. Jadi segala cerita dan program TV di ntv7 akan tamat pada 16 Februari ini bagi memberi ruang kepada TV Pendidikan bersiaran bermula 17 Februari (Rabu) yang dikenali sebagai DidikTV KPM.

Oleh itu, para ibubapa, anak-anak, murid, dan guru oleh tonton menerusi saluran MYTV107, Astro CH147 dan saluran ntv7 di TV Unifi. Jadi kini semua orang boleh mendapat akses TV Pendidikan ini di TV secara percuma.

Kandungan DidikTV KPM

DidikTV KPM akan menyediakan program yang diterbitkan khusus dengan berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM khusus untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menangah. Selain itu, ada juga berita mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur (edutainment) serta kandungan yang dihasilkan oleh murid. Katanya lagi, program antarabangsa pun ada.

Jadi diharapkan selepas pelancaran nanti, anak-anak yang belajar di rumah boleh manfaatkan sepenuhnya waktu untuk belajar.

Jadual Penuh Bagi Semua Saluran Dan Program TV Pendidikan

Anda boleh dapatkan jadual penuh bagi rancangan TV Pendidikan seperti TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV KPM di portal KPM atau klik disini


Post a Comment

Previous Post Next Post