Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Pertengahan Mac 2021 - MET Malaysia

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Pertengahan Mac 2021

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan cuaca panas akan berteruskan sehingga pertengahan Mac 2021. Ini berikutan negara Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsum Timur Laut.

Oleh itu, dalam tempoh ini, taburan hujan di semenanjung Malaysia terutamanya di utara Semenanjung agak rendah. Walaubagaimanapun, MET Malaysia menjangkakan tiada berlaku peningkatan suhu atau cuaca panas luar biasa akan berlaku kali ini.

MET Malaysia menambah dalam kenyataan media yang dikeluarkan, keadaan ini merupakan fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun. Jika buat perbandingan, suhu Februari tahun 2021 adalah 36.2°C yang mana lebih rendah berbanding Februari tahun 2020 iaitu pada suhu 37.4°C.

Bilakah Cuaca Panas Ini Beransur Reda?

Menurut MET Malaysia lagi, cuaca panas ini dijangka beransur reda bermula pertengahan April 2021. Oleh itu, sepanjang tempoh cuaca panas ini, semua pihak dinasihatkan supaya elakkan aktiviti pembakaran terbuka dan kurangkan aktiviti-aktiviti di luar serta minum air secukupnya.


sumber : MET Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post