Malaysia Akan Menerima 312,390 Dos Vaksin Pfizer Pada 21 Februari Ini

Malaysia Akan Menerima 312,390 Dos Vaksin Pfizer Pada 21 Februari Ini

Malaysia akan meneriman sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 bagi penghantaran pertama pada 21 Februari (Ahad) ini. Ini juga selari dengan kenyataan daripada YAB Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan Malaysia menerima penghantaran vaksin pertama pada bulan Februari 2021.

Penghantaran vaksin akan diterbangkan dengan penerbangan MASKargo ke KLIA sebelum ianya diasingkan dan dihantar ke pelbagai tempat penyimpanan vaksin di seluruh negara seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin.

Malaysia Akan Menerima 312,390 Dos Vaksin Pfizer Pada 21 Februari Ini

Frontliners Terlebih Dahulu Menerima Vaksin COVID-19

Seperti yang diumumkan sebelum ini, fasa pertama iaitu bermula Februari hingga April, suntikan vaksin hanya melibatkan petugas barisan hadapan, kemudian diikuti fasa kedua mulai April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusian 60 tahun ke atas.

Manakala untuk golongan dewasa berusian 18 tahun ke atas adalah dalam fasa ketiga iaitu bermula Mei hingga Februari 2021.


sumber : sinarharian

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments