Disney+ Mengumumkan Tarikh Tayangan filem Loki, Star Wars: The Bad Batch Dan Banyak Lagi

Disney+ Mengumumkan Tarikh Tayangan filem Loki, Star Wars: The Bad Batch Dan Banyak Lagi

Nampaknya Disney+ taknak tunggu lama untuk mengumumkan berita gembira ini. Mereka telah mengumumkan beberapa series terbaru yang akan datang termasuk daripada Marvel Studio, Loki dan Star Wars: The Bad Batch.

Sebelum ini, pihak Disney+ juga telah mengumumkan tarikh tayangan bagi series The Falcon and the Winter Soldier iaitu pada 19 Mac 2021, 2 minggu sebelum tayangan akhir bagi WandaVision pada 5 Mac tersebut.

Kemudian, diumumkan juga bagi sequel The Mighty Ducks: Game Changer iaitu pada 26 Mac 2021. Diikuti dengan tayangan perdana daripada Big Shot pada 16 April 2021.

Tarikh Tayangan Loki Dan Star Wars

Kemudian pada 4 Mei 2021, akan ditayangkan episod pertama (tayangan perdana) animasi Star Wars: The Bad Batch. Pada bulan yang sama juga iaitu pada 14 Mei, akan ditayangkan High School Musical: The Series untuk musim ke-2.

Kemudian barulah muncul series Marvel yang dinanti ramai, Loki iaitu pada 11 Jun 2021. Diikuti oleh Zenimation musim ke-2 pada tarikh yang sama. 

Masih dalam bulan Jun dimana akan disiarkan siri The Mysterious Benedict Society berdasarkan buku best-selling, karya Trenton Lee Stewart iaitu pada 25 Jun tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Disney+ mengumumkan juga tarikh tayangan perdana bagi Monster at Work iaitu pada 2 Julai, dan Turner & Hooch pada 16 Julai 2021. Akhirnya untuk bulan Julai, terdapat juga siri Chip N Dale: Park Life iaitu pada 23 Julai 2021.

Untuk yang terbaru, Singapura telah menerima akses tayangan Disney+ dengan kerjasama Hotstar. Diharapkan juga, Malaysia akan menerima akses Disney+ ini dan sekali gus memberika penonton di Malaysia menikmati kandungan yang dikeluarkan oleh Disney.


sumber : sea.mashable

Post a Comment

Previous Post Next Post