Cara Deposit Duit Guna JomPay Ke Tabung Haji Menggunakan Bank Rakyat (iRakyat)

Cara Deposit Duit Guna JomPay Ke Tabung Haji Menggunakan Bank Rakyat

Kini perkhidmatan deposit duit ke akaun Tabung Haji lebih mudah. Ini kerana, anda kini boleh deposit menggunakan JomPay melalui akaun perbankan internet seperti Bank Rakyat (iRakyat) tanpa dikenakan caj tambahan RM1.

Selain daripada Bank Rakyat, banyak lagi bank yang telah menyokong ciri bayaran JomPay ini seperti Maybank, Bank Islam, CIMB dan banyak lagi. Oleh itu, anda boleh guna sahaja mana-mana akaun perbankan internet anda dan buat deposit melaluinya. 

Cara Deposit Duit Ke Akaun Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Rakyat

Cara menggunakannya, anda mestilah mempunyai akaun perbankan internet iRakyat apabila menggunakan Bank Rakyat. Barulah boleh bayar melalui JomPay. Sama juga pada bank-bank lain. Ikuti langkah disini.

Langkah 1)  Login terlebih dahulu akaun irakyat di www.irakyat.com.my

Langkah 2)  Kemudian pilih "Payment" dan seterusnya klik "JomPay"

Cara Deposit Duit Guna JomPay Ke Tabung Haji Menggunakan Bank Rakyat (iRakyat)

Cara Deposit Duit Guna JomPay Ke Tabung Haji Menggunakan Bank Rakyat (iRakyat)

Langkah 3)  Pada ruangan ini, 3 perkara penting anda perlu masukkan butirannya iaitu:

Biller Code : 60228
Reference 1 (Ref-1) : nombor akaun Tabung Haji anda (15-digit)
Amount : Jumlah duit yang anda ingin deposit

Jika sudah selesai, klik butang "Add"

Cara Deposit Duit Guna JomPay Ke Tabung Haji Menggunakan Bank Rakyat

Langkah 4)  Kemudian semak kali terakhir sebelum buat transaksi iaitu atas nama "Lembaga Tabung Haji - Tabung Haji Deposit". Jika betul, klik "Submit"

Cara Deposit Duit Guna JomPay Ke Tabung Haji Menggunakan Bank Rakyat

Langkah 5)  Tekan "Request TAC" untuk dapatkan nombor TAC di telefon anda. Masukkan nombor tersebut dan klik "Confirm"

Cara Deposit Duit Guna JomPay Ke Tabung Haji Menggunakan Bank Rakyat

Langkah 6)  Jika berjaya, akan dipaparkan status Sucessful. Selesai!

Cara Deposit Duit Guna JomPay Ke Tabung Haji Menggunakan Bank Rakyat

Kini deposit anda ke tabung haji tidak lagi dikenakan caj tambahan RM1 jika menggunakan perkhidmatan JomPay.

Cara Deposit Duit Guna JomPay Ke Tabung Haji Menggunakan Bank Rakyat

Post a Comment

Previous Post Next Post