Hadiah RM10,000 Menanti Pemenang Bagi Yang Berjaya Namakan Anak Tapir

Hadiah RM10,000 Menanti Pemenang Bagi Yang Berjaya Namakan Anak Tapir

Inilah mengasah kreativiti anda sekali gus membawa pulang wang tunai lumayan. Ya, 99 Wonderland Park KL ingin menghadiahkan sejumlah RM10,000 kepada mereka yang berjaya memberikan nama kepada anak tapir betina yang dilahirkan di 99 Wonderland Park Wildlife In The City pada 6 Februari yang lalu. 

Menurut pemilik taman ini, pertandingan ini dianjurkan bagi menarik minat rakyat Malaysia sekali gus untuk meraikan kelahiran tapir atau Tenuk Malaysia (Tapirus indicus)

Pertandingan 'Name Our Baby Tapir" ini telah bermula pada 10 Februari sehingga tarikh akhir iaitu pada 4 Mac 2021. Ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Manakala tarikh pengumuman bagi pemenang adalah pada 27 April 2021 iaitu sempena perayaan Hari Tapir Sedunia.

Menurut laporan Harian Metro, anak tapir ini merupakan anak kepada pasangan Tapi Malaysia iaitu Mr Junior adn Puan Paradong yang telah dipinjam daripada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Selepas setahun, barulah Puan Paradong melahirkan anak tapi betina ini yang sehingga sekarang masih menunggu nama yang ingin diberi. Rakyat Malaysia, inilah peluang anda.

Cara Sertai Pertandingan "Name Our Baby Tapir' Ini

Hadiah RM10,000 Menanti Pemenang Bagi Yang Berjaya Namakan Anak Tapir

Hadiah utama yang ditawarkan adalah RM10,000 dan jika anda berminat untuk sertai, anda boleh lihat caranya untuk sertai disini:

  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia
  • Like dan Follow Facebook serta Instagram 99 WonderlandPark
  • Beli tiket pra-tempah dengan harga 50% diskaun melalui Whatsapp
  • Dapatkan tiket anda dan borang penyertaan bermula 5 Mac 2021 di kaunter tiket 99 Wonderland Park
  • Jawab (berikan nama anak tapir) dan hantar borang penyertaan sebelum 24 April 2021
  • Repost video ini dan Tag mereka
  • Tinggalkan komen berserta tag 5 rakan lain

Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke website 99 Wonderland Park

Post a Comment

Previous Post Next Post