Senarai Pasar Malam Di Klang, Selangor

Senarai Pasar Malam Di Klang, Selangor

Anda penduduk Klang? Mungkin anda baru berpindah atau tidak mengenali lagi selok-belok di daerah ini. Dalam masa yang sama, anda mencari lokasi makan yang berada di Klang seperti lokasi pasar malam.

Jadi kami kongsikan disini senarai lokasi pasar malam yang ada di Klang, Selangor bagi tahun 2021. Setiap lokasi mereka beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan. Yang pasti setiap hari, ada tapak pasar malam yang dibuka. Jadi disini, kami senaraikan lokasi pasar malam di daerah Klang, Selangor bersama-sama dengan pasar pagi.

Senarai Pasar Malam Di Klang, Selangor

Terdapat 24 lokasi pasar malam sekitar daerah Klang seperti yang disenaraikan oleh MPKlang.

No Lokasi Hari
1 Pasar Malam Lebuh Enggang Isnin
2 Pasar Malam Bunga Melor, Meru Isnin
3 Pasar Malam Batu 4, Kapar Isnin
4 Pasar Malam Kandis Permai Isnin
5 Pasar Malam Lorong Angsa Selasa
6 Pasar Malam Klang Perdana, Kapar Selasa
7 Pasar Malam Bandar Armada Putra Selasa
8 Pasar Malam Penghulu Abu Bakar Selasa
9 Pasar Malam Seri Kerayong Rabu
10 Pasar Malam Meru Indah Rabu
11 Pasar Malam Dato Dagang 40, Sentosa Rabu
12 Pasar Malam Johan Setia Rabu
13 Pasar Malam Jalan Kedah Khamis
14 Pasar Malam Kelompok Camar Khamis
15 Pasar Malam Kampung Raja Uda Khamis
16 Pasar Malam Taman Kem Khamis
17 Pasar Malam Raja Mokhtar Jumaat
18 Pasar Malam Seri Pekan Jumaat
19 Pasar Malam Simpan 4 Jumaat
20 Pasar Malam Taman Maznah Jumaat
21 Pasar Malam Gudang Nenas Sabtu
22 Pasar Malam Flat Sri Bayu Sabtu
23 Pasar malam Jalan Pegasah Ahad
24 Pasar Malam Taman Salatan Ahad

Senarai Pasar Pagi Di Klang, Selangor

Manakala terdapat 5 lokasi pasar pagi yang anda boleh dapatkan bekalan bahan mentah pada setiap pagi.

No Lokasi Hari
1 Pasar Pagi Eng Ann Setiap Hari
2 Pasar Pagi Batu Nilam 27, Bukit Tinggi Setiap Hari
3 Pasar pagi Dato Tahir Sabtu
4 Pasar Pagi Khoo Kek Keng Sabtu
5 Pasar pagi Andalas Ahad

Walaubagaimanapun, sepanjang tempoh pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua peniaga dan pengunjung diwajibkan mematuhi SOP yang ditetapkan seperti :

  1. Memakai pelitup muka dan basuh tangan dengan cecair pembasmi kuman
  2. Menjaga penjarakan fizikal
  3. Peniaga dan pembeli yang mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah celcius dilarang sama sekali memasuki tapak pasar malam / pasar pagi dan pelbagai lagi.

sumber : MPKlang

Post a Comment

Previous Post Next Post