Resepi Tortilla Chicken Wrap Yang Mudah Disediakan

Resepi Tortilla Chicken Wrap Yang Mudah Disediakan

Jom kita tengok resepi yang mudah disediakan iaitu Tortilla Chicken Wrap yang kini viral di media sosial. Mudah disediakan tanpa bahan yang terlalu banyak pun.

Resepi Tortilla Chicken Wrap ini dikongsikan oleh saudari Siti Husni di facebook yang kini telah mendapat lebih 2k perkongsian dan beratus komen. Jadi apa tunggu lagi, mana yang berminat boleh dapatkan resepi mudah ini disini.

Cara Penyediaan Dan Resepi Tortilla Chicken Wrap

Ikuti perkongsian resepi disini

Bahan-Bahan

  • Roti tortilla jenama mission/gardenia
  • Nugget tempura apa-apa jenama seperti Ramly
  • Sos cili/tomato
  • Mayonis
  • Sos cheezy nachos
  • Sos blackpaper
  • Sos thousand island (optional kalau anda suka rasa masam sikit bolehla letak)
  • Salad, tomato, timun, carrot dan bawang holland

Resepi Tortilla Chicken Wrap Yang Mudah Disediakan

Cara-Cara

1.  Panaskan roti tortilla atas nonstick pan atau masukkan dalam oven pun boleh. bakar sekejap sahaja dalam 2-3 minit. Jangan sampai roti garing pulak nanti susah nak balut kalau keras

2.  Goreng nugget sampai garing. Kemudian potong nugget kecil-kecil macam dalam gambar

Resepi Tortilla Chicken Wrap Yang Mudah Disediakan

3.  Potong atau sagat je carrot dan timun panjang-panjang dan bawang holland potong nipis-nipis 

4.  Sediakn roti tortilla, letak salad, timun, carrot, tomato, nugget, lepastu baru tuang sos-sos yang ada  ikut citarasa korang la nk letak banyak mana. balut then dah siap!

Resepi Tortilla Chicken Wrap Yang Mudah Disediakan

Resepi Tortilla Chicken Wrap Yang Mudah Disediakan

Tips : kalau taknak terbuka wrap tu anda boleh cucuk dengan lidi kecik tu. Baru kemas terletak wrap tu


sumber : siti husni

Post a Comment

Previous Post Next Post