Kedai Gunting Rambut, Pasar Malam Dan Pusat Cuci Kereta Dibenarkan Beroperasi Bermula 5 Februari

Kedai Gunting Rambut, Pasar Malam Dan Pusat Cuci Kereta Dibenarkan Beroperasi Bermula 5 Februari

Dari hari ke hari, Kerajaan mengumumkan pembukaan pelbagai sektor perniagaan. Yang terbaru, Kerajaan bersetuju membenarkan pengoperasian kedai gunting rambut, aktiviti pasar malam dan pusat cuci kereta beroperasi semula.

Walaupun seluruh negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali di negeri Sarawak termasuk tempoh darurat sehingga Ogos 2021, tetapi Kerajaan bersetuju membenarkan banyak lagi sektor perniagaan beroperasi. 

Melalui pengumuman daripada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui sidang harian, perniagaa-perniagaan ini dibenarkan beroperasi bermula 5 Februari 2021 (Jumaat) dengan operasi yang ketat.

Waktu Perniagaan Dibenarkan Beroperasi

Bagi ketiga-tiga sektor ini dibenarkan beroperasi semula dengan waktu yang telah ditetapkan iaitu:

  • Pasar Malam - 4 petang hingga 10 malam
  • Kedai gunting rambut / salon (gunting rambut sahaja) - sehingga 10 malam
  • Kedai cuci kereta - sehingga 10 malam

Jadi dengan ini, pastinya lebih ramai yang boleh kembali mencari rezeki dan peroleh pendapatan bagi menyara kehidupan dikala pandemik melanga negara. Diharap juga supaya semua patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Kedai Gunting Rambut, Pasar Malam Dan Pusat Cuci Kereta Dibenarkan Operasi Bermula 5 Februari

Post a Comment

Previous Post Next Post