Cara Buat Claim RM50 Daripada MySalam Jika Anda Dimasukkan Ke Hospital Kerana COVID-19

Cara Buat Claim RM50 Daripada MySalam Jika Anda Dimasukkan Ke Hospital Kerana COVID-19

Untuk pengetahuan kepada yang menerima dan layak untuk skim MySalam, sebenarnya kini juga layak untuk buat tuntutan atau claim RM50 sehari jika anda dimasukkan ke hospital kerana COVID-19.

Selain dimasukkan ke hospital, jika anda diarahkan untuk kuarantin di pusat kuarantin KKM atau di rumah sebagai Pesakit Bawah Siasatan (PUI), anda juga layak untuk buat tuntutan atas skim MySalam ini.

Pada asasnya, melalui skim MySalam, anda akan dibayar RM8,000 sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari. Tetapi kini ianya dipanjangkan bagi kes COVID-19. Dengan itu, anda layak untuk tuntuk RM50 sehari (maksimum 14 hari).

Cara Claim RM50 Daripada MySalam Berkaitan Kes COVID-19

Jadi jika anda merupakan individu yang layak menerima skim MySalam dan pernah ditahan di hospital atau diarahkan kuarantin kerana kes COVID-19, anda boleh tuntuk RM50 ini. Ikuti langkah dibawah:

Langkah 1 : Pergi ke laman web MySalam www.mysalam.com.my dan klik Log Masuk ke portal

Langkah 2 : Jika anda belum pernah Log In sebelum ini, anda klik "Log Masuk Kali Pertama". Kemudian masukkan nombor kad pengenalan, nombor telefon dan password yang berkaitan.

Langkah 3 : Kemudian Log Masuk semula. Jika sudah berjaya klik pada "Tuntutan" diikuti oleh Penyerahan Tuntutan

Langkah 4 : Klik Tuntutan Hospitaliti bagi:

  1. Pesakit Positif COVID-19
  2. Disyaki COVID-19 & ditahan di pusat kuarantin KKM atau
  3. Disyaki COVID-19 & diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri

Langkah 5 : Isikan butiran seperti :

  1. Tarikh masuk wad/mula kuarantin
  2. Tarikh keluar wad/tamat kuarantin
  3. Nama Hospital/Premis Bukan Hospital (bagi kes kuarantin)

Langkah 6 : Muatnaik dokumen :

  1. Kad Pengenalan depan dan belakang
  2. Nota discaj (kemasukan wad sahaja) atau
  3. Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja) 

dan klik "Lampirkan"

Langkah 7 : Klik "Hantar" kemudian klik "Saya Setuju" dan pemohonan anda akan diproses

Langkah 8 : Status tuntutan berkai COVID-19 akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan disahkan oleh pinilai

Cara Buat Claim RM50 Daripada MySalam Jika Anda Dimasukkan Ke Hospital Kerana COVID-19

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 1 300 888 938 atau emel di info@mysalam.com.my. Anda juga boleh pergi portal MySalam di www.mysalam.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post