Cara Buat Dan Resepi Kuih Ketayap Lembut

Cara Buat Dan Resepi Kuih Ketayap Lembut

Ikuti perkongsian disini cara buat serta resepi kuih ketayap lembut yang merupakan kuih tradisional yang sedap dimakan begitu sahaja.

Kuih dengan warna hijau yang pastinya menarik minat orang ramai untuk cuba dan makan. Biasa kita beli di gerai-gerai. Apa kata kali ini, dengan resepi yang dikongsikan oleh Zuria Azlan ini, kita boleh sediakan kuih ketayap sendiri di rumah. Boleh hidangkan pada keluarga dan tersayang pada bila-bila sama sahaja.

Resepi Kuih Ketayap

Berikut merupakan bahan-bahan dan cara penyediaan kuih tradisional, kuih ketayap

Bahan A (Inti) 

  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 2 sb gula pasir
  • 2 helai daun pandan

*masak kesemua bahan dan sejukkan

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan air pandan 
  • 1 biji telur
  • 2 sb minyak masak
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna

Cara Penyediaan

1.  Satukan kesemua bahan dan sebatikan (blend ja) 

2.  Panaskan kuali (non-stick) dengan menggunakan api perlahan

3.  Masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan lenggangkan

4.  Biar masak - angkat ketepikan, ulang sehingga habis

5.  Masukkan inti dan terus gulung.

Cara Buat Dan Resepi Kuih Ketayap Lembut

Post a Comment

Previous Post Next Post