Cara Tukar Akaun Konvesional KWSP Kepada Akaun Shariah Secara Online

Boleh Dilakukan Secara Online: Cara Untuk Tukar Akaun Konvesional KWSP Kepada Akaun Shariah

Sebenarnya selain melalui kaunter KWSP, anda boleh tukar akaun konvensional kepada akaun shariah secara online sahaja. Seoarang pengguna facebook Siraj Fahmi, ada kongsikan cara mudah untuk tukar ke akaun Shariah yang boleh dilakukan secara online dalam beberapa langkah sahaja.

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan bagi dividen untuk Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional dengan masing-masing 4.9% dan 5.25% untuk tahun 2020. Sebagai umat Islam, mencari halal itu wajib apatah lagi sumber yang akan menjadi darah daging kita. Jadi sebaiknya tukarlah ke akaun Simpanan Shariah.

Kenapa Kenapa Tukar Simpanan Shariah?

Simpanan Shariah merupakan pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah dan konventional adalah sebaliknya.

Bagi ahli yang beragama Islam, simpanan shariah ini dapat membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umar tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.

Selain itu, ianya juga memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran. 

Ianya pasti dapat membantu ahli (jika meninggal dunia) dengan menyediakan dana yang halal untuk diagihkan kepada waris sebaga pusaka.

Siapa Yang Layak Memohon?

Sebenarnya, bukan orang Islam sahaja yang layak untuk mohon atau tukar simpanan konvensional kepada simpanan shariah tetapi ianya terbuka kepada semua warganegara dan bukan warganegara, semua agama dan semua bangsa.

Cara Tukar Atau Mohon Akau Simpanan Konvensional Kepada Simpanan Shariah

Terdapat 3 cara untuk anda memohon pertukaran jenis akaun ini iaitu :

  • Kaunter KWSP
  • KWSP Mobile Team
  • Secara dalam talian melalui i-Akaun

Jika anda berkelapangan, anda boleh sahaja pergi ke kaunter KWSP berhampiran untuk mohon tukar dan pastikan bawah MyKad.

Untuk cara permohonan pertukaran secara online, pastikan anda mempunyai i-Akaun KWSP (Ahli) dan telah mendaftar nombor telefon bimbit untuk penerimaan TAC. Boleh ikuti langkah MUDAH dibawah:

Langkah 1)  Login ke I-Akaun anda. Melalui website di secure.kwsp.gov.my atau aplikasi i-Akaun 

cara tukar akaun konvensional ke akaun shariah kwsp

Langkah 2)  Klik tab Simpanan Shariah dan tukar status dari konvensional kepada Shariah.

cara tukar akaun konvensional ke akaun shariah kwsp

Langkah 3)  Tunggu permohonan diluluskan.

cara tukar akaun konvensional ke akaun shariah kwsp

Semudah itu untuk kita mencari yang halal kan. Jadi yang belum tukar, khusus kepada ahli beragama Islam, tukarlah sekarang. Untuk maklumat lanjut berkaitan boleh pergi ke portal KWSP Simpanan Shariah


sumber : Siraj Fahmi

Post a Comment

Previous Post Next Post