Vaksin COVID-19 Keluaran Sinovac Tiba Di Malaysia Hari Ini

Vaksin COVID-19 Keluaran Sinovac Tiba Di Malaysia Hari Ini

Malaysia hari ini telah menerima vaksin Sinovac, keluaran pengeluar lain vaksin COVID-91 yang telah diperoleh selepas kumpulan pertama yang tiba di Malaysia pada 21 Februari yang lepas daripada pengeluar Pfizer-BioNTech.

Malaysia menerima vaksin Sinovac dalam bentuk cecari yang disimpan di dalam envirotainer dengan jumlah simpanan sebanyak 200 liter. Vaksin telah sampai di KLIA pada jam 9 pagi daripada Beijing dengan menaiki Malaysia Arlines, Flight MH319 dengan hiasan Jalur Gemilang. 200 liter vaksin tersebut boleh dihasilkan lebih 300,000 dos.

Seperti acara sebelum ini bagi menerima kedatangan vaksin Pfizer, ada beberapa menteri yang turut hadir ketika itu Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan juga YB Khairy Jamaludin sebagai penyelaras program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Selain itu, juga turut hadir Duta Besar China, Ouyang Yujing bagi menyempurnakan simbolik penyerahan vaksin sinovac kepada Malaysia.

Vaksin Sinovac

Vaksin kali ini akan dibotolkan dan diedarkan oleh pihak Pharmaniaga seperti perjanjian yang telah dibuat sebelum ini dengan jumlah sehingga 14 juta dos.

Vaksin COVID-19 Keluaran Sinovac Tiba Di Malaysia Hari Ini

Menurut Khairy Jamaludin, vaksin ini masih dalam dalam proses menilai data klinikal Sinovac oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Vaksin Sinovac telah melepasi ujian klinikal tahap ketiga di beberapa negera termasuk Brazil, Turki dan Indonesia. Menurut sumber JKJAV, Vaksin Sinovac merupakan jenis Vektor nyahaktif yang mempunyai tahap keberkesanan 50.4% ke 91.25%.


sumber : Bernama

Post a Comment

Previous Post Next Post