Ini Cara Buat Dan Resepi Cream Puff Yang Gemuk Dan Sedap

Ini Cara Buat Dan Resepi Cream Puff Yang Gemuk Dan Sedap

Cream Puff ni mungkin jika dibeli diluar sana, sedikit mahal, tapi apa susah anda buat je sendiri dirumah. Ikut sahaja resepi Cream Puff gemok ini yang pastinya buat anda terliur.

Resepi ini dikongsikan oleh pengguna facebook Nuralia Idayu di facebook yang sehingga kini telah mendapat share lebih 44K. Nampaknya dah ramai terliur dengan cream puff yang dihasilkan oleh beliau. Manakan tidak, ianya dapat dihasilkan dengan gemuk serta diisi dengan custard yang berlimpah ruah.

Resepi Cream Puff Gemuk Untuk Anda Nikmati

Tips untuk dapatkan cream puff gebu dan gemuk, anda janganlah langkau step atau kedekut bahan keh! Follow sahaja step resepi ini.

1)  Isi Untuk Cream Puff

⏵ Bahan-Bahan

  • 1 1/4 cawan fresh milk
  • 2 biji kuning telur
  • 3 s/b tepung jagung
  • 1 s/b tepung gandum
  • 1/4 cawan gula kastor (kalau nak manis, letak lebih sikit)
  • 1/4 s/k garam
  • 1 s/k vanilla essence
  • 2 s/b unsalted butter
  • 1 cawan non-dairy whipping cream

⏵ Cara Buat

1.  Masukkan telur, tepung jagung, tepung gandum, gula kastor, garam dalam 1 bekas. Whisk sampai sebati adunan tu.

Ini Cara Buat Dan Resepi Cream Puff Yang Gemuk Dan Sedap

2.  Panaskan fresh milk (letak dalam periuk laaa), tak perlu sampai menggelegak pun.

3.  Tuang susu dalam bekas adunan telur sambil whisk.

4.  Kalau dah sebati, letak adunan tu dalam periuk, kacau dengan api sederhana.

Ini Cara Buat Dan Resepi Cream Puff Yang Gemuk Dan Sedap

5.  Masukkan vanilla essence, teruskan kacau.

6.  Bila adunan dah pekat, tutup api. Masukkan dalam bekas, sejukkan 1-2 jam.

7.  Agak-agak dah nak dekat 2 jam tu, boleh lah putar non dairy whipping cream. Putar dengan mixer sampai kembang dan gebu.

Ini Cara Buat Dan Resepi Cream Puff Yang Gemuk Dan Sedap

8.  Mix adunan telur & whipping cream, kaup sikit-sikit.

9.  Masukkan filling ke dalam piping bag. Letak dalam peti. Settle

Ini Cara Buat Dan Resepi Cream Puff Yang Gemuk Dan Sedap

2)  Untuk Hasilkan Puff

⏵ Bahan-Bahan

  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan butter
  • 1 s/b gula
  • 1/4 s/k garam
  • 1 s/k vanilla essence
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3-4 biji telur

⏵ Cara Buat

1.  Masukkan air dalam periuk. Letak butter, gula dan garam. Kacau sampai gula larut. Kacau dengan api sederhana. Jangan terlalu besar

2.  Letakkan vanilla essence.

3.  Tuang semua tepung gandum sekaligus.

4.  Bila adunan dah sebati, akan jadi “doh”. Kalau yang guna periuk non-sticky, nampak texture doh tu tak melekat dekat periuk. Tutup api. Sejukkan kejap dalam 5-10 minit je.

Ini Cara Buat Dan Resepi Cream Puff Yang Gemuk Dan Sedap

5.  Bila adunan dah sejuk, gunakan mixer, masukkan telur sebiji demi sbiji. Jangan letak sekaligus. Letak sbiji, mix. Then repeat. Sis guna 3 biji telur. Based on size telur tu lah.

6.  Adunan akan jadi berkilat & tak terlampau pekat/cair.

7.  Masukkan adunan puff dalam piping bag. Sebelum tu pilih la bentuk nozzles yang sesuai.

Ini Cara Buat Dan Resepi Cream Puff Yang Gemuk Dan Sedap

8.  Buat la bentuk macam mana korang suka, nak buat besar ke nk buat baby size ke up to you. Bakar pada suhu 160°C dalam tempoh 30-40 minit (bergantung pada oven masing-masing) 

Ini Cara Buat Dan Resepi Cream Puff Yang Gemuk Dan Sedap

Tips : Nak tau puff korang tu successful or unsuccessful, belah tengah, dalam tu kosong. Macam “angin” je. Kalau tekan takda isi. Macam dalam

Ini Cara Buat Dan Resepi Cream Puff Yang Gemuk Dan Sedap

9.  Akhir sekali, cara letak cream dalam puff ni, anda boleh buat sama ada nak tebuk dari bawah puff atau belah tepi. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Ini Cara Buat Dan Resepi Cream Puff Yang Gemuk Dan Sedap



sumber : Nuralia Idaya

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended