6 Cara Mudah Mencegah Serangan Gout

6 Cara Mudah Mencegah Serangan Gout

Tahukah anda, sebenarnya ada cara mudah bagi mencegah serangan gout iaitu melalui pemakanan sihat, seimbang dan semula jadi. Jadi mereka yang ada sejarah penyakit ini perlu tahu cara ini.

Penyakit gout adalah berpunca daripada asid urik yang berlebihan di dalam tubuh yang menyebabkan keradangan atau sakir pada sendi. Kebiasannya, kita akan jumpa penyakit gout ini berlaku di ibu jari kaki. Asid urik berada daripada purin yang boleh diperoleh daripada makan. Oleh itu, elakkan ambilan makanan yang mengandungi purin tinggi seperti ikan bilis, organ dalaman, hati, sardin dari makeral dalam tin, telur ikan, arak (alkohol) dan banyak lagi.

Namun begitu, serangan gout ini boleh dicegah secara alami atau secara semula jadi. Melalui perkongsian daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 6 cara mudah untuk mencegah serangan gout.

6 Cara Mencega Serangan Gout

Cara ini hanya melibatkan pemakanan sihat, seimbang dan semula jadi. 


1)  Nenas

Nenas

Nenas mampu untuk mencegah serangan gout kerana ianya tinggi dengan 'Bromelain' dan Vitamin C yang mampu untuk mengurangkan keradangan di sendi-sendiri

2)  Kunyit

Kunyit

Kandungan Curcumin yang boleh didapati daripada kunyit juga boleh membantu mengurangkan keradangan sendi akibat serangan gout.

3)  Pegaga

pegaga

Makanan seterusnya bagi mencegah serangan gout adalah pegaga. Pegaga tinggi dengan Phytochemical yang mampu membantu proses menyahtoksik daripada badan kita.

4)  Cili

Cili

Kandungan Vitamin A dan Vitamin C yang terkandung di dalam ciili dapat membantu mengurangkan keradangan sendi akibat penyakit gout.

5)  Lemon

lemon

Ini mungkin kita biasa dengar berkaitan kandungan Vitamin C di dalam lemon. Ya! Lemon tinggi dengan kandungan Vitamin C iaini dapat membantu proses menyahtoksik pesakit gout.

6)  Halia

halia

Cara terakhir adalah melalui ambilan pemakanan berunsurkan halia. Komponen Gingerol dan Zingiberene yang ada di dalam halia dapat mengurangkan keradangan sendi sekali gus mampu mencegah serangan gout.

Post a Comment

Previous Post Next Post