Pre-Order PlayStation 5 Untuk Kelompok Ke-3 Dibuka Tengah Malam Ini. Hanya Di Lazada

ps5 pre-order februari lazada

Sempena CNY, sekali lagi pihak Sony Official Store mengumumkan pre-order atau pra-tempah PlayStation 5 akan dibuka pada tengah malam ini bagi kelompok yang ke-3 pula.

Untuk rekod, pihak Sony Malaysia telah membuka sesi pra-tempah sebelum ini iaitu untuk kelompok pertama pada November 2020, kemudian kelompok ke-2 pada Januari yang lepas dan kini untuk anda yang betul-betul nak dapatkan, boleh sertai untuk kelompok yang ke-3.

Pre-Order PlayStation 5 Untuk Kelompok Ke-3

Disebabkan musim pandemik dan masih dalam arahan PKP, tiada tempahan dibuat secara fizikal, tetapi ianya dibuat sepenuhnya secara online. Jadi bermula tengah malam ini, Jumaat, 19 Februari 2021, pukul 12.01 pagi anda boleh buat tempahan Playstation 5 (PS5) secara online di pautan Lazada. Boleh klik dibawah

Buat Pra-Tempah Disini/button

Tanda harga yang ditawarkan masih sama seperti sebelum ini. Tempahan boleh dibuat bermula RM1,869 bagi PS5 Digital Edition manakala PS5 Ultra HD Blu-ray dengan harga RM2,299.

ps5 pre-order februari lazada

Manakala untuk aksesori lain adalah seperti berikut: PS5 Dualsense (RM349), PS5 Media Remote (RM149), Charging Station (RM149) dan PS5 HD Camera (RM279).


sumber : Sony Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post