Kini Rasmi: Pra-Tempah PlayStation 5 Dengan Harga Bermula RM1869 Buat Pasaran Malaysia

Pra-Tempah PlayStation 5 Dengan Harga Bermula RM1869 Buat Pasaran Malaysia

Berita baik kepada yang sudah lama tunggu, secara rasmi, PlayStation 5 (PS5) akan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada 11 Disember 2020 menerusi kenyataan PlayStation Asia sebentar tadi.

Dengan pengumuman itu juga, tanda rasmi juga didedahkan. PS5 Digital Edition akan bermula dengan tanda harga RM1869 manakala bagi PS5 Ultra HD Blu-ray bermula dengan harga RM2299.

Jadi bagi mereka yang berminat, pra tempah boleh dibuat bermula esok, Khamis, 12 November 2020. Untuk buat tempahan anda boleh buat secara online atau offline menerusi mana-mana pengedar rasmi PlayStation atau melalui Sony Store sendiri. 

Dalam pelancaran tersebut, akan disediakan juga beberapa permainan seperti Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Call of Duty: Black Ops Cold War, dan Demon’s Souls yang dijual bermula harga RM209 kepada RM299.

Pra-Tempah PlayStation 5 Dengan Harga Bermula RM1869 Buat Pasaran Malaysia

Selain itu, Sony juga ada mengumumkan aksesori rasmi bagi PlayStation 5 dalam pra-tempah tersebut iaitu:

  • DualSense Wireless Controller - RM349
  • PULSE 3D™ wireless headset - RM469
  • HD Camera - RM279
  • Media Remote - RM149
  • DualSense™ Charging Station - RM149
Untuk maklumat lanjut berkaitan pra-tempah PlayStation, rujuk disini https://www.playstation.com/en-my/local/news/playstation5-launch-day/

Post a Comment

Previous Post Next Post