Anda Boleh Buat Pra-Tempah PlayStation 5 Untuk Kelompok Kedua Pada 8 Januari Bermula RM1869

Anda Boleh Buat Pra-Tempah PlayStation 5 Untuk Kelompok Kedua Pada 8 Januari Bermula RM1869

Berita baik kepada semua! Anda kini boleh buat pra-tempahan PlayStation 5 untuk kelompok kedua pada 8 Januari 2021 ini.

Pengumuman ini dibuat oleh Sony Malaysia sendiri melalui satu kiriman di facebook sebentar tadi mengenai pre-order for 2nd batch Play Station 5. 

Pra-Tempahan PlayStation 5

Pihak Sony Malaysia secara rasmi membuka pra-tempahan kepada orang ramai bermula 8 Januari 2021 iaitu pada Jumaat ini. 

Tak perlu bayar sampai 6k pun, tempahan boleh dibuat bermula RM1869 untuk PS5 Digital Edition manakala PS5 Ultra HD Blu-ray dengan harga RM2299. Harga yang ditawar ini adalah sama seperti pada kelompok pertama yang dibuka awal November tahun 2020 yang lepas.

Walaubagaimanapun, proses pra-tempahan hanya boleh dibuat di kedai fizikal yang disenaraikan iaitu di:

  • Sony Store KLCC bermula 10 pagi - 10 malam
  • Sony Store The Curve bermula 10 pagi - 10 malam

Jadi untuk kali ini, tiada proses tempahan secara online yang dibuat seperti kelompok pertama sebelum ini. Oleh itu, anda perlu datang awal ke kedai untuk berpeluang dapatkan PS5 secara pra-tempahan ini. 

Sony Malaysia mengingatkan kepada orang ramai yang datang nanti, supaya patuhi segala SOP yang ditetapkan terutamanya penjarakan fizikal. Pastinya ramai yang akan beratur pada hari tersebut. 

Selain itu, mereka juga mengingatkan kuantiti stok adalah terhad, jadi jangan lambat dan segala tempahan melalui Whatsapp tidak akan dilayan. Untuk aksesori, ianya juga dihadkan kepada satu tempahan untuk satu aksesori

Post a Comment

Previous Post Next Post