Tarikh Baru Pembukaan Semula Sekolah Secara Berperingkat Mulai 1 Mac Ini

Pembukaan Semula Sekolah Secara Berperingkat Mulai 1 Mac Ini

Sebentar tadi, Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin melalui sidang media telah mengumumkan tarikh-tarikh baru bagi pembukaan semula sekolah bermula 1 Mac ini melibatkan pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej vokasional.

Dengan pembukaan semula sekolah ini, pastinya memberikan sedikit nafas lega kepada semua pihak apabila kembali kepada sesi pengajaran secara bersemuka. Tetapi pastinya timbul sedikit kebimbangan daripada ibubapa lagi-lagi negeri yang masih mecatatkan kes COVID-19 yang tinggi dan masih dalam arahan PKP.

KPM akan terus berusaha memberikan yang terbaik khususnya kepada cikgu-cikgu yang sedang bertungkus-lumus bagi menjayakan sesi PdPR ketika ini.

Tarikh Baru Pembukaan Semula Sekolah

Pembukaan semula sekolah kali ini tidak dibuka serentak kepada semua murid, sebaliknya ianya dibuka secara berperingkat dimulakan dengan pra sekolah, sekolah rendah dan diikuti dengan sekolah menengah dan kolej vokasional bersama-sama sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.

Sekolah Rendah

  1. Pra Sekolah / Tahun 1 / Tahun 2 - 1 Mac 2021
  2. Tahun 3 hingga Tahun 6 - 8 Mac 2021

Tarikh Baru Pembukaan Semula Sekolah

Sekolah Menengah

  • Kumpulan A - 4 April 2021
  • Kumpulan B - 5 April 2021

Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)

Tarikh Baru Pembukaan Semula Sekolah

Kolej Vokasional

  • Sijil Vokasional Malaysia Tahun 1 (Sem 2) - 1 Mac 2021
  • Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (Sem 2) - 1 Mac 2021

Tarikh Baru Pembukaan Semula Sekolah

Sekolah Swasta

⏵ Sekolah Rendah

  • Pra Sekolah / Tahun 1 / Tahun 2 - 1 Mac 2021
  • Tahun 3 hingga Tahun 6 - 8 Mac 2021

⏵ Sekolah Menengah

  • Kumpulan A - 4 April 2021
  • Kumpulan B - 5 April 2021

Tarikh Baru Pembukaan Semula Sekolah

Sekolah Antarabangsa / IPS Kategori Pusat

  • Semua peringkat / kategori - 8 Mac 2021

Tarikh Baru Pembukaan Semula Sekolah

Semoga selepas ini tiada lagi kes jangkitan yang melibatkan sekolah dan seterusnya menyebabkan sekolah ditutup kembali. Semoga anak-anak dapat belajar disamping disamping mengikut segala SOP yang ditetapkan dan amalkan norma baharu kehidupan.

Post a Comment

Previous Post Next Post