3 Fasa Pemberian Vaksin COVID-19 Bagi Kumpulan Sasar

3 Fasa Pemberian Vaksin COVID-19 Bagi Kumpulan Sasar

Kerajaan telah memutuskan sekurang-kurangnya 80% penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 202 untuk mengurangkan penularan virus COVID-19 walaupun ianya adalah secara sukarela.

Semalam (21.2.2021) tercatat sejarah apabila kumpulan pertama vaksin COVID-19 tiba di Malaysia melalui syarikat Pfizer sebanyak 312,390 dos. Kumpulan pertama ini pastinya tidak cukup untuk semua rakyat Malaysia, oleh itu iany telah dibahagikan kepada 3 fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3.

Setakat ini, Malaysia bakal menerima vaksin daripada lima pembekal iaitu daripada Phizer, AstraZeneca, Sinovac, CansinoBio dan Sputnik V. Setakat Februari 2021, Malaysia telah mendapat akses bekala vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos.

3 Fasa Pemberian Vaksin Untuk Kumpulan Sasar

Melalui kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, YB Khairy Jamaludin, permulaan program imunisasi COVID-19 sebelum ini dijadualkan bermula 26 Februari, tetapi ianya akan diawalkan iaitu pada Rabu, 24 Februari dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan akan menerima suntikan vaksin pertama di Klinik Kesihatan Putrajaya.


Fasa 1 (Februari - April 2021)

Pemberian vaksin adalah kepada petugas barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan bagi memastikan kumpulan ini terlindung daripada jangkitan COVID-19. Ini bertujuan memastikan sistem kesihatan dan keselamatan pada tahap yang optimum.

  • Kumpulan Utama 1 - Petugas Kesihatan Kerajaan dan Swasta
  • Kumpulan Utama 2 - Petugas barisan hadapan yang merangkumi perkhidmatan pentong (Essential Services) & pertahanan


Fasa 2 (April - Ogos 2021)

Fasa 2 foksu kepada warga emas dan golongan berisiko tinggi. Ini bagi mengurangkan beban penyakit kepada kumpulan berisiko tinggi agar terlindung daripada jangkiran COVID-19. Ini sekali gus dapat mengurangkan beban kepada sistem kesihatan awam Malaysia

  • Kumpulan Utama 1 - Baki petugas kesihatan serta perkhidmatan penting dan pertahanan
  • Kumpulan Utama 2 - Warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik dan orang kelainan upaya (OKU)


Fasa 3 (Mei 2021 - Februari 2022)

Kawalan wabak, pemberian vaksin akan dijalankan sepanjang fasa 2 dan 3 di kawasan kluster berisiko tinggi melalui penilaian risiko bagi mengawal penularan penyakit.

  • Kumpulan Utama - Penduduk berumur 18 tahun ke atas (warganegara & bukan warganegara). Keutamaan kepada kawasan di zon merah, zon kuning dan kemudian zon hijau.


#LindugDiri,LindungSemua

Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan buku program imunisasi covid-19 kebangsaan di laman sesawan khas di www.vaksincovid.gov.my

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments