Langgan Spotify Premium Dengan Harga Serendah RM1.50 Sehari

Langgan Spotify Premium Dengan Harga Serendah RM1.50 Sehari

Platform penstriman lagu, Spotify kini menawarkan kepada semua pengguna Spotify Premium serendah RM1.50 sehari dan ianya adalah prabayar secara one-off (bukan auto subscribe).

Jika sebelum ini, terdapat 3 pakej yang ditawarkan oleh pihak Spotify iaitu secara langganan bulanan iaitu individu, duo dan family dengan masing-masing berharga RM14.90, RM19.80 dan RM23.80 sebulan (harga baru). Dengan penambahan prabayar ini menjadikan ianya 4 pakej yang ditawarkan setakat ini oleh pihak Spotify.

Dengan akaun Premium, anda boleh dengar muzik tanpa gangguan iklan, mainkan tanpa sambungan internet pada bila-bila masa sahaja dengan adanya fungsi download dan boleh dengarkan lagu kegemaran anda secara on-demand.

Pakej Prepay Daripada Spotify

Spotify memperkenalkan pakej 'Prepay' ini dengan 5 kategori iaitu untuk sehari, 7 hari, sebulan, 3 bulan dan setahun. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Sehari = RM1.90
  • 7 hari = RM4.90
  • Sebulan = RM15.90
  • 3 bulan = RM47.70
  • Setahun = RM149.90

Langgan Spotify Premium Dengan Harga Serendah RM1.50 Sehari

Semua kategori yang diperkenalkan ini, bayaran boleh dibuat melalui syarikat telco yang terlibat iaitu Celcom, Maxis dan Digi. Anda hanya perlu pilih pakej dan masukkan nombor telefon, kemudian bayaran akan dibuat melalui nombor telefon yang didaftarkan tersebut.

Langgan Spotify Premium Dengan Harga Serendah RM1.50 Sehari

Jadi selepas ini, anda boleh atur masa bila anda ingin langgan Spotify Premium mengikut tempoh yang bersesuaian. Tidak perlu lagi langgan secara bulanan.

Post a Comment

Previous Post Next Post