Bayaran Rayuan GKP 2.0 Akan Dibuat Bermula 5 Februari 2021

Bayaran Rayuan GKP 2.0 Akan Dibuat Bermula 5 Februari 2021

Menteri Kewangan, YB Senator Dato' Sri Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz mengumumkan dimana bayaran bagi rayuan GKP 2.0 akan dibuat bermula 5 Februari 2021 iaitu pada hari Jumaat ini.

Pengumuman ini dikongsikan melalui laman facebook rasmi beliau pada hari ini. Jadi kesemua pemohon yang telah membuat rayuan dan telah disahkan dengan status berjaya akan mula menerima bayaran bermula Jumaat ini melalui akaun bank yang telah didaftarkan sebelum ini.

Permohonan rayuan bagi Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) ini telah pun dibuka pada awal Disember 2020 yang lalu. Pada awalnya, rata-rata mereka yang tidak lulus disebabkan alasan perniagaan tidak wujud di agensi dengan kod 04. Jadi mereka diberi peluang sekali lagi untuk membuat rayuan ketika itu.

Tarikh Bayaran Rayuan GKP 2.0

Melalui bantuan GKP ini, peniaga kecil atau PKS Mikro yang layak akan menerima bantuan wang secara one-off sebanyak RM3000 melalui inisiatif KITA PRIHATIN bermula 5 Februari 2021 (Jumaat). 

Manakala bagi semakan status kelulusan boleh disemak bermula 4 Februari 2021 di portal khas Geran Khas Perihatin atau klik pautan dibawah

gkp.hasil.gov.my

Melalui perkongsian tersebut, Tengku Zafrul mengumumkan, sehingga kini mengambil kira GKp 1.0, 2.0 dan Rayuan, Kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM2.7 bilion dan memanfaatkan hampir 900,000 PKS mikro.

Bayaran Rayuan GKP 2.0 Akan Dibuat Bermula 5 Februari 2021

Selain itu, sukacita diingatkan bahawa inisiatif GKP telah diteruskan untuk tahun 2021 melalui #Belanjawan2021, iaitu RM1,000 untuk 50,000 PKS mikro di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan RM50 juta. 

Juga turut serta Pakej Bantuan PERMAI, iaitu perluasan GKP tambahan (GKP PERMAI) dengan RM1,000 untuk 815,000 PKS mikro di negeri yang melaksanakan PKP, dan RM500 untuk 315,000 PKS mikro di negeri tanpa pelaksanaan PKP, dengan peruntukan sebanyak RM830 juta

Post a Comment

Previous Post Next Post