Permohonan Rayuan GKP 2.0 Boleh Dibuat Bermula 7 Hingga 21 Disember 2020

Permohonan Rayuan GKP 2.0 Boleh Dibuat Bermula 7 Hingga 21 Disember 2020

Berita baik! permohonan rayuan bagi GKP 2.0 akan dibuka bermula 7 Disember hingga 21 Disember 2020. Jadi anda boleh mula buat permohonan rayuan bermula pada tarikh tersebut.

Kerajaan telah meluluskan lebih 300 ribu PKS Mikro yang layak pada 27 November yang melalui Geran Khas Perihatin (GKP) 2.0. Sejurus selepas itu, bagi yang berjaya, pembayaran juga telah mula dikreditkan terus ke akaun bank sebanyak RM3000.

Tetapi masih ada mereka yang gagal atau tidak berjaya dalam permohonan GKP 2.0 kali ini. Rata-rata sepertinya kerana kod 04 iaitu dengan alasan perniagaan tidak wujud di agensi. Melalui keterangan LHDNM, pemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020 iaitu :

  • LHDNM atau
  • SSM atau
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Walaubagaimanapun, masih ada yang tidak lulus kerana kod 04 ini tetapi mereka mendaftar secara sah dengan SSM. Macam mana ini boleh berlaku?

Dengan itulah, melalui pengumuman Menteri Kewangan, YB Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi mereka yang tidak lulus permohonan, anda boleh buat rayuan selepas ini.

Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 Dibuka Bermula 7 Disember 2020

Dikala penularan pandemik COVID-19 ini, pastinya ramai yang terkesan tertuamanya bagi golongan PKS Mikro ini, jadi Kerajaan tampil untuk membantu melalui Gerak Khas Perihatin (GKP) 1.0 dan 2.0. 

Bagi mereka yang tidak berjaya bagi permohonan GKP 2.0, anda boleh buat rayuan secara online bermula Disember hingga 21 Disember 2020 melalui portal GKP. Anda boleh klik pautan dibawah :

gkp.hasil.gov.my/Icon/button/#367DC4

Permohonan rayuan ini bagi memberi peluang kepada perayu untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan untuk disemak semula oleh LHDNM.


sumber : Kementerian Kewangan

Post a Comment

Previous Post Next Post