Tonton Drama Melastik Ke Hatimu Di TV3 (Slot Lestary)

Tonton Drama Melastik Ke Hatimu Di TV3 (Slot Lestary)

Drama Melastik Ke Hatimu akan menggantikan drama Hadiah Dari Tuhan bermula 21 Januari ini bagi mengisi slot Lestary yang disiarkan di TV3 dan aplikasi iQIYI Malaysia.

Andi Bernadee katanya buat pertama kali melibatkan diri dalam lakonan bagi siri drama. Sebelum ini beliau pernah melakonkan watak dalam telefilem seram komedi. Kali ini beliau kembali di kaca tv sebagai pelakon bagi drama Melastik Ke Hatimu.

Drama ini merupakan adaptasi daripada novel Melastik Ke Hatimu karya Aqma Dee terbitan tahun 2018. Kali ini Andi Bernadee dan Janna Nick akan membawa watak utama dalam drama ini. Nak tahu macam kesudahannya, kena la tengok.

Tayangan : 13 episod di TV3 (Slot Lestary) | iQIYI Malaysia
Pengarah : Azmi Hatta
Penerbit : Dato Sri Jaspal S. Korotana
Terbitan : Orange Tree Production Sdn Bhd
Pelakon : Andi Bernadee, Janna Nick, Azrel Ismail, Puteri Sarah Liyana, Wani Kayrie, Norman Hakim, Ahmad Ezzrin Loy, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Idzham Ismail, Cassia Iman, Noniswara, Afifah Nasir dan ramai lagi

Tonton Drama Melastik Ke Hatimu Di TV3 (Slot Lestary)

Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu

Drama Melastik Ke Hatimu ini mengisahkan Haura (Janna Nick), seorang gadis kilang yang kononnya 'gangster' tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.

Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad (Andi Bernadee), seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. 

Tonton Drama Melastik Ke Hatimu Di TV3 (Slot Lestary)

Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.

Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

Tonton Drama Melastik Ke Hatimu Di TV3 (Slot Lestary)

Waktu Siaran

Bagi peminat cerita melayu tempatan khususnya drama Melastik Ke Hatimu, jangan lupa saksikan bermula 21 Januari 2021, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam melalui slot Lestary TV3. 

Jika terlepas, jangan risau, anda boleh tonton semula melalui laman web www.iq.com atau download aplikasi iQIYI Malaysia. Semuanya percuma sahaja!

Tonton Kesemua Episod Drama Melastik Ke Hatimu

Melastik Ke Hatimu Episod 1

Melastik Ke Hatimu Episod 2

Melastik Ke Hatimu Episod 3

Melastik Ke Hatimu Episod 4

Melastik Ke Hatimu Episod 5

Melastik Ke Hatimu Episod 6

Melastik Ke Hatimu Episod 7

Melastik Ke Hatimu Episod 8

Melastik Ke Hatimu Episod 9

Melastik Ke Hatimu Episod 10

Melastik Ke Hatimu Episod 11

Melastik Ke Hatimu Episod 12

Melastik Ke Hatimu Episod 13 (Episod Akhir)

Post a Comment

Previous Post Next Post