Saksikan Drama Hadiah Dari Tuhan Di TV3 (Slot Lestary) Dan Aplikasi iQIYI

saksikan drama hadiah dari tuhan di tv3 dan iqiyi

Buat peminat drama melayu TV3, jangan lupa saksikan drama Hadiah Dari Tuhan yang akan ditayangkan bermula 30 Disember 2020 di TV3 dan strim secara online di aplikasi iQIYI.

Antara drama tempatan terawal yang menceritakan tentang kehidupan semasa pandemik COVID-19 selain daripada telefilem Cerai yang ditayangkan di Astro Citra sebelum ini. Kali ini lebih hebat apabila ianya melibatkan cerita kehidupan petugas barisan hadapan bagi berdepan masalah pandemik ini.

Drama ini pastinya akan mendapat perhatian ramai dengan penceritaan dan juga barisan pelakon yang hebat seperti Syafitee, Riena Diana, Amy Mastura dan ramai lagi.

Tayangan : 13 episod di slot Lestary TV3 dan aplikasi iQIYI
Pengarah : Fairuz Loy
Penerbit : Country Universal Sdn Bhd
Pelakon : Syafitee, Riena Diana, Puteri Rafasya, Sophia Al Barakbah, Amy Mastura, Fezrul Khan Junaidi, Fauziah Nawi, Dynas Mokhtar, Aryana Amani, Ummar Dzarif, Izreen Azminda, Zazly Baginda dan ramai lagi

saksikan drama hadiah dari tuhan di tv3 dan iqiyi

Sinopsis Hadiah Dari Tuhan

Drama Hadiah Dari Tuhan ini menceritakan kehidupan 3 golongan isi rumah iaitu B40, M40 dan T20. Jadi setiap daripada kategori tersebut seperti Qul Fattah (Syafi Tee) lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila (Riena Diana) lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina (Sophia AlBarakbah) lahir dalam keluarga kategori T20.

Qul kematian ibu bapanya sejak lima tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya, dia selaku anak sulung lelaki adalah ketua keluarga kepada seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin (Puteri rafasya) yang masih bersekolah rendah. 

saksikan drama hadiah dari tuhan di tv3 dan iqiyi

Mereka tinggal bersama nenek bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit. Sebelum wabak COVID-19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap dirumah pangsa PPRT. 

Ika pula anak tunggal kepada Jannah (Amy Mastura) yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan, Ika mempunyai bapa tetapi kedua ibu dan ayahnya telah bercerai sewaktu dia masih kecil. 

Bella pula dilihat paling bernasib baik, dilahirkan serba mewah, mempunyai ayah dan ibu yang berpendapatan besar, serta lengkap mempunyai atuk dan nenek. Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap.

Apabila wabak COVID-19 menular, kehidupan Qul, Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan. Jadi anda kena tengok bagaimana penerimaan masyarakat apabila ada ahli keluarga yang disahkan positif COVID-19 ini.

saksikan drama hadiah dari tuhan di tv3 dan iqiyi

Waktu Siaran

Jadi bermula 30 Disember 2020 ini, jangan lupa saksikan drama Hadiah Dari Tuhan yang bersiaran setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3. Anda juga boleh tonton secara online di aplikasi iQIYI secara percuma sejurus selepas habis tayangan di TV untuk 13 episod semuanya.

Tonton Drama Hadiah Dari Tuhan (Full Episod)

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 2

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 3

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 4

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 5

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 6

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 7

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 8

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 9

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 10

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 11

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 12

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 13 (Episod Akhir)

Post a Comment

Previous Post Next Post