Diskaun 35% Untuk Frontliners Bagi Pakaian Sekolah Canggih

Diskaun 35% Untuk Frontliners Bagi Pakaian Sekolah Canggih

Berita baik kepada ibubapa daripada petugas barisan hadapan atau frontliner, Canggih menawarkan diskaun 35% bagi pakaian sekolah Canggih khas untuk anda yang banyak berjasa kepada negara bagi melawan COVID-19.

Canggih Malaysia merupakan pengeluar barangan kelengkapan persekolahan berjenama Canggih. Jadi menjelang pembukaan semula sesi persekolahan untuk tahun 2021 ini, pastinya anak-anak ramai yang memerlukan barangan kelengkapa persekolahan seperti baju, seluar, kasut, bag dan stokin sekolah.

Demi menghargai jasa Frontliners, Kumpulan My-Sutera Sendirian Berhad menawarkan potongan harga 35% bagi perbelanjaan sekolah anak-anak mereka. Tawaran ini dibuka selama sebulan iaitu bermula 1 hingga 31 Januari 2021 dengan hanya pembelian secara online sahaja.

 

Cara Dapatkan Diskaun 35% Barangan Canggih

Antara petugas barisan hadapan atau frontliners yang layak menerima diskaun ini adalah Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Pertahanan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan beberapa lagi.

Untuk melayakkan nikmati diskaun 35% ini, anda perlu dapatkan terlebih dahulu QR Code atau Link daripada Bahagian Sumber Manusia (HR) anda dan boleh mula terus buat penebusan di laman web schoolmall.com.my

Diskaun 35% Untuk Frontliners Bagi Pakaian Sekolah Canggih

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubungi promosi 'Back To School , Terima Kasih Frontliners' ini, anda boleh berhubung terus dengan Canggih di talian 012-7259219 atau 012-5139219.

Post a Comment

Previous Post Next Post