Senarai Penuh Logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM

Senarai Penuh Logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM

Buat mereka yang tidak kenal pasti lagi, disini disenarikan penuh logo-logo halal luar negara yang telah diiktiraf oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Senarai logo dan badan pensijilian luar negara ini dikeluarkan sendiri oleh pihak JAKIM dan dikongsikan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman facebook rasmi milik beliau.

Setakat 1 Disember 2020, JAKIM telah mengiktiraf 84 logo halal daripada 46 buah negara seluruh dunia. Dengan adanya logo halal ini, pengguna boleh mengenalpasti logo-logo halal luar negara diiktiraf JAKIM pada produk import yang dijual di pasaran.

Selain itu, a juga memberi kemudahan kepada pengimport untuk mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal yang diiktiraf JAKIM, bagi mengelakkan kerugian dan keraguan.

Senarai Logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf Oleh JAKIM

Dengan adanya senarai logo halal ini, bagi rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang akan melancong ke luar negara boleh, anda boleh menyimpan di telefon pintar info logo-logo halal diiktiraf JAKIM, di negara yang akan dikunjungi kelak.

Pengguna boleh muat turun dalam format (.pdf) yang lebih jelas dan terang senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat 1 Disember 2020.

Download Sini/button/

Senarai Penuh Logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM

Post a Comment

Previous Post Next Post