Takda Idea Nak Buat Apa? Ikuti 10 Resepi Pencuci Mulut Paling Sedap Ini

10 Resepi Pencuci Mulut Paling Sedap Ini

Anda jika bercadang nak buat pencuci mulut untuk yang tersayang tapi tiada idea. Jangan risau anda boleh ikuti 10 jenis resepi pencuci mulut yang confirm sedap ini.

Pencuci mulut antara juadah yang dihidangkan selepas makan. Sebagai contoh, jika anda sudah makan nasi waktu tengah hari, jadi ada juada pencuci mulut selepas selesai makan tersebut. Kebiasaanya ianya adalah menu ringan, manis dah sejuk.

Jadi antara resepi yang dikongsikan disini seperti agar-agar mangga, mousse strawberry coklat, kek batik oreo, mango panna cotta, agar-agar santan dan banyak lagi. Nak tahu lebih lanjut, jom kita tengok 10 resepi pencuci mulut yang anda boleh buat dan pastinya sedap.

10 Resepi Pencuci Mulut

Tahun 2021 ni, mesti nak cuba resepi baru kan. Jom!

#1 - Resepi Agar-Agar Santan

Resepi Agar-Agar Santan

Bahan-Bahan:

  • 10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2-3 helai daun pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Beberapa titik perasa pandan

Cara-Cara:

  1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air.
  2. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
  3. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut.
  4. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair.
  5. Masak sehingga sebati.
  6. Pukul sedikit telur bersama santan.
  7. Saya tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
  8. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
  9. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan. Siap!

#2 - Resepi Mango Panna Cotta

resepi Mango Panna Cotta

Bahan-Bahan:

  • 400ml susu segar
  • 200ml diary whipping cream
  • 50gm gula castor
  • 2 sdb gelatin
  • 4 sdb air masak
  • Topping: Puri Mangga
  • 1 biji mangga masak
  • 1 sdb gula caster
  • 1/2 sk jus lemon (Kisarkan kesemua sehingga halus dan ketepikan)

Cara-Cara

  1. Larutkan gelatin dengan 4 sdb besar air suam
  2. Panaskan susu, krim serta gula. Masak hingga gula larut dengan api perlahan
  3. Padamkan api masukkan gelatin. Kacau sebati
  4. Tuang dalam bekas yang anda suka. Simpan dalam peti sejuk selama 3 jam bagi
  5. Setelah set keluarkan dari petisejuk dan sudukan puri mangga atas panna cotta
  6. impan semula dalam fridge bagi sejuk. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Siap!

#3 - Resepi Kek Batik Oreo

Resepi Kek Batik Oreo

Bahan-bahan:

  • 1 ketul buttercup (250 g)*
  • 2 cawan serbuk milo/vico* saya guna vico
  • 3 sudu serbuk koko *
  • ½ tin susu pekat *
  • Sepaket biskut marie
  • Sepaket biskut Oreo
  • 1 sudu kecil Esen vanilla *.

Cara-Cara:

  1. Panaskan kuali, masukkan butter dan cairkan.
  2. Masukkan semua bahan bertanda*.
  3. Kemudian patahkan biskut marie dan campurkan adunan coklat bersama biskut. Ratakan dalam Loyang.
  4. Atas sekali susun biskut Oreo.
  5. Kemudian sejukkan dan masukkan dalam peti ais.
  6. Potong dan hidangkan. Siap!

#4 - Resepi Mousse Strawberry Coklat

Resepi Mousse Strawberry Coklat

Bahan-bahan

(Dasar)
  • Kek span coklat yang dipotong mengikut saiz bekas mousse. Atau anda boleh guna biskut digestive juga.

(Bahan-bahan mousse strawberi A)

  • 125g cream cheese
  • 80g gula castor
  • Pukul kedua bahan ini sehingga sebati dan gebu.

(Bahan-bahan puri strawberi B)

  • 150g strawberi segar
  • 2 atau 3 sudu besar gula castor
  • 1 sudu teh jus lemon/limau
  • Masak diatas dapur lebih awal dan sejukkan dahulu sebelum guna.

(Bahan-bahan C)

  • 150g krim putar (pukul sampai pekat)
  • 1 sudu besar gelatin + 30ml air ( double boil sampai jernih)
  • Campurkan kedua bahan ini dengan mengguna teknik kaup balik.

Cara-Cara

  1. Kaup balik bahan B dengan A, kemudian apabila telah sebati tambahkan bahan C. Gaul ketiga-tiga bahan hingga sebati. Sejukkan didalam petiais selama 30 minit.

Hiasan ganache

  • 150g coklat gelap jenis butang (button dark chocolate)
  • Susu Cair 70g
  • 1 sudu besar butter

Cara-Cara

  1. Cairkan coklat dengan teknik double boil.Kemudian tambahkan susu cair dan butter. Jika masih ada ketulan butter yang belum cair, double boil semula hingga semua bahagian benar-benar cair.

Kaedah menghias

  1. Mulakan dengan dasar mousse tadi, tambahkan mousse ratakan semuanya dengan cara menghentak ia. Biarkan ia set lebih kurang 30min. Kemudian curah ganache coklat tadi,sebelum meletakkan buah strawberi sebagai hiasan. Siap!

#5 - Resepi Agar-agar Mangga Susu

Resepi Agar-agar Mangga Susu

Bahan-bahan

  • 3 biji mangga (ambil isinya dan tinggalkan sikit untuk dijadikan inti)
  • ½ cawan gula
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan susu manis
  • 1 sudu teh pewarna kuning
  • 1 liter air
  • 1 peket serbuk agar-agar
  • Secubit garam

Cara-Cara

  1. Masukkan air dan serbuk agar-agar didalam satu periuk yang sesuai.
  2. Kisar semua bahan kecuali air dan serbuk agar-agar.
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar didalam periuk dan masak.
  4. Masak sehingga ia mengelegak.
  5. Biarkan sebentar baru tutup api.
  6. Tuang didalam acuan yang sesuai.
  7. Masukkan baki mangga yang telah dipotong tadi.
  8. Sejukkan sebentar sebelum masukkan kedalam peti aias. Siap!

#6 - Resepi Aiskrim Yogurt

Resepi Aiskrim Yogurt

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan non diary whipping cream
  • 1/2 cawan susu cair / fresh milk
  • 1 sb ovellate
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 cawan yogurt (asli/plain)
  • Filling yg disukai

Cara-Cara Masak

  1. Satukan whipping cream, susu air/fresh milk dan ovellate.
  2. Putar hingga gebu.
  3. Masukkan susu pekat dan yogurt.
  4. Putar lagi sampai adunan naik dua kali ganda.
  5. Gunakan sudu, masukkan adunan aiskrim ke dalam cawan.
  6. Kemudian, sudukan filling yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Kemudian, masukkan semula aiskrim. Buat selang-seli.
  7. Akhir sekali, letak filling. Masukkan ke dalam freezer. Siap!

#7 - Resepi Kek Tiramisu

Resepi Kek Tiramisu

Bahan-Bahan:

  • 12 batang biskut lady finger
  • 1 cawan kopi yang baru dibrew (sejukkan dahulu)

Bahan-bahan cheese custard

(A)
  • 2 biji kuning telur
  • ½ cawan gula halus
(B)
  • Mascapone cheese/cream cheese 150 g
  • Esen vanila 1 sudu teh
(C)
  • 1 cawan krim putar

Cara-Cara

  1. Cari bekas yg sesuai anggaran saiz 6”. Asingkan
  2. Masukkan bahan A dalam bekas tahan panas, double boil sambil dikacau dengan hand whisk.
  3. Kacau hingga gula larut sepenuhnya. Ketepi dan biarkan ia sejuk.
  4. Masukkan cheese didalam mangkuk pengadun dan pukul hingga cheese lembut dan sekata, tambahkan esen vanila dan biarkan semuanya sebati.
  5. Tambahkan bahan B ini ke bahan A iaitu custard tadi. Kacau menggunakan hand whisk.
  6. Kemudian pukul krim putar hingga gebu, jangan lebih pukul kerana krim dan minyaknya akan berpisah.
  7. Akhir sekali kaup balik bahan C ini dengan bancuhan custard tadi.
  8. Untuk menyediakan tiramisu yang sedap, mula-mula celupkan lady finger kedalam kopi dan susunkan didalam bekas yang dipilih tadi. Ini perlu dilakukan segera kerana biskut lady fingers sangat mudah pecah bila terkena air.
  9. Susunkan lady finger hingga memenuhi dasar bekas tadi. Lapiskan dengan separuh dari adunan cheese custard tadi. Taburkan koko. Ulang untuk lapisan kedua.
  10. Akhir sekali tabur koko dipermukaan paling atas tadi.
  11. Simpan dalam petiais sekurang-kurangnya 12jam. Sedia dinikmati sekarang. Siap!

#8 - Resepi Kek Keju Tanpa Bakar

Resepi Kek Keju Tanpa Bakar

Bahan-Bahan

(Dasar)
  • 3-4 keping biskut digestive
  • 50g butter cair

Bahan-Bahan inti

(A)
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 sudu besar lemon jus (pilihan)
  • 140ml yogurt asli
(B)
  • 1 ½ sudu besar gelatin
  • 50 ml air panas
(C)
  • 150 ml krim putar (putar hingga gebu)

Cara-Cara

  1. Untuk dasar, kisar biskut digestive dan tambahkan dengan butter cair hingga ia boleh dikepal. Ratakan ia didalam loyang bersaiz 7”. Sejukkan didalam peti ais.
  2. Untuk bahagian inti, mula-mula rendam bahan B dahulu iaitu gelatin dan air panas, kemudian ‘double boil’ ia hingga ia menjadi jernih.
  3. Mula pukul bahan A, masukkan bahannya satu persatu hingga sebati. Masukkan bahan B yang telah jernih tadi. Akhir sekali masukkan krim putar yang telah dipukul tadi.
  4. Kaup balik semua bahan hingga gebu dan sebati.
  5. Tuangkan adunan ini kedalam loyang yang telah diisi dasarnya tadi.
  6. Sejukkan didalam petiais selama sekurang-kurangnya 6 jam. Siap!

#9 - Resepi Oreo Chocolate Mousse

Resepi Oreo Chocolate Mousse

Bahan-Bahan Dasar

  • Biskut Oreo ambil separuh dari bungkusan .(asingkan inti dan biskutnya)
  • Mentega cair secukupnyer.
  • Kisar halus biskut dan campurkan dgn butter cair tadi. Gaulkan keduanya sehingga boleh dikepal. Ratakan didalam bekas mousse.

Bahan-Bahan Mousse Oreo

  • Cream cheese 250g
  • 100g gula
  • 1 biji telur
  • 200ml krim putar

Cara-Cara

  1. Pukul cream cheese dan gula sampai sebati
  2. Masukkan telur
  3. Masukkan krim putar
  4. Akhir sekali masukkan baki oreo tadi tapi patah-patahkan dulu.
  5. Tuang dalam bekas mousse tadi, biarkan dalm petiais 30 min.

Bahan-bahan Mousse Coklat

(Bahan A)
  • 100g coklat gelap (cairkan secara double boil)
  • 1 biji kuning telur (pukul sikit)
  • 1 sudu teh butter
(Bahan B)
  • 1 sudu besar gelatin + 30ml air panas (double boil sampai jernih)
(Bahan C)
  • 1 biji putih telor + 30gm gula kastor (pukul kembang,putih dan kaku)
(Bahan D)
  • 100g krim putar (pukul pekat)

Cara-Cara

  1. Campurkan bahan A iaitu kuning telur dan butter ke coklat yang telah cair tadi
  2. Kemudian masukkan bahan B. Kacau sebati.
  3. Seterusnya masukan bahan C dengan cara kaup balik.
  4. Akhir sekali akhir kaup balik krim putar yang telah dipukul terlebih dahulu.
  5. Isikan mousse ini kedalam bekas yang telah diisi cream cheese tadi. Biarkan beberapa jam dalam peti ais hingga ia set.
  6. Kemudian hiaskan dgn fresh cream dan oreo. Siap!

#10 - Resepi Durian Crepe

Resepi Durian Crepe

Bahan Kulit

(Bahan Kering)
  • 40g tepung gandum
  • 40g tepung ubi
  • 20g tepung jagung
  • 20g tepung kastard
  • 1 sudu besar gula
(Bahan basah)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 130ml susu cair
  • 50ml air (bergantung pada kepekatan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat)
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • pewarna kuning

Cara-Cara

  1. Mula ayak semua bahan kering dahulu.
  2. Masukkan bahan basah satu persatu mula dari esen vanila sambil kacau, akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit agar ia tidak terlalu cair.
  3. Tapis sebelum guna.
  4. Untuk mengoreng pula, mula-mula panaskan kuali tidak melekat (non-stick pan) apabila telah panas, gris sedikit minyak masak menggunakan minyak masak.
  5. Dengan guna senduk kecil tuang bancuhan,kemudian gerakkan kuali dan buat satu pusingan agar bancuhan tersebut meliputi semua bahagian kuali. 
  6. Guna api kecil sahaja. Tunggu ia mengelembung sedikit, angkat terus tidak perlu terbalikkan ia.
  7. Buat sehingga habis semua adunan.

Bahan Inti Durian

  • 1-2 cawan fresh cream
  • Isi durian secukupnya (anggaran 5 ulas)

Cara-Cara

  1. Pukul krim sehingga ia kaku, ketepikan.
  2. Asing isi durian dari bijinya.

Cara-Cara Penyediaan Durian Crepe

  1. Ambil sekeping kulit durian crepe.
  2. Menggunakan bahagian kasarnya, masukkan sesudu krim dan masukkan isi durian mengikut selera anda.
  3. Ulang sehingga habis.
  4. Masukkan dalam petiais sebelum dihidangkan. Siap!

Post a Comment

Previous Post Next Post