Tidak Lulus Kategori 1? Ini Cara Permohonan Baru i-Sinar KWSP Bagi Kategori 2

Ini Cara Permohonan Baru i-Sinar KWSP Bagi Kategori 2

Bagi yan telah memohon i-Sinar bagi kategori 1 tetapi tidak lulus, anda boleh buat permohonan bagi kategori 2. Ikuti langkah dan cara permohonan i-Sinar KWSP untuk kategori 2 disini.

Umum sudah ketahui, keputusan bagi permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) bagi kategori 1 sudah diumumkan pada 4 Januari 2021 yang lepas. Bagi yang lulus, kini ada yang sudah juga menerima bayaran.

Tetapi bagi yang tidak lulus, anda jangan khuatir. Anda juga boleh buat pengeluaran duit KWSP tetapi melalui akaun i-Sinar KWSP bagi kategori 2. Jadi anda perlu buat permohonan sekali lagi dengan cara yang ditetapkan oleh KWSP.

Syarat Permohonan i-Sinar Kategori 2

Permohonan i-Sinar kategori 2 boleh dibuat bermula 11 Januari 2021 dan beberapa dokumen sokongan perlu di disertakan juga.

- Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun

-  Ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020

-  Jika dokumen berkaitan tidak dapat dikemukakan, dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan ATAU
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntuan kerja lebih masa

Cara Permohonan i-Sinar KWSP Bagi Kategori 2

Cara Permohonan Baru i-Sinar Kategori 2 Secara Online

Jika anda sudah sediakan dokumen yang diperlukan, anda kini boleh mula memohon. Ikuti langkah dibawah:

  1. Layari isinar.kwsp.gov.my
  2. Isikan nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
  3. Tekan Teruskan
  4. Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan Sahkan OPT ATAU Jawab Soalan Keselamatan untuk pengesahan
  5. Tetapkan Amoun Pilihan
  6. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan Teruskan
  7. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi
  8. Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan Teruskan
  9. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan ✅ sebelum tekan Hantar
  10. Permohonan anda diterima dan akan diproses

Cara Permohonan i-Sinar KWSP Bagi Kategori 2

Cara Hnatar Dokumen Sokongan

Anda boleh menggunakan telefon bimbit sahaja dan pastikan dalam keadaan terang tau untuk dapatkan gambar yang jelas. Boleh tengok langkah dibawah

cara hantar dokumen kwsp kategori 1


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari portal rasmi i-Sinar KWSP di isinar.kwsp.gov.my/faq

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended