COVID-19 : Kes Harian Tertinggi Dicatatkan Sekali Lagi Sebanyak 3027 Kes Positif

COVID-19 : Kes Tertinggi Dicatatkan Sekali Lagi Sebanyak 3027 Kes Positif

Tidak cukup dengan angka 2 ribu, hari ini sekali lagi Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19  harian tertinggi iaitu sebanyak 3027 kes pada 7 Januari 2021.

Ini juga merupakan kali pertama angka jangkitan COVID-19 cecah lebih 3 ribu kes dalam satu hari. Jika sebelum ini angka tertinggi pernah dicatatkan bagi kes positif harian adalah sebanyak 2593 iaitu pada 6 Januari yang lepas.

Selain daripada itu, terdapat 2145 kes sembuh baru tetapi ada 8 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini iaitu melibatkan 7 warganegara dan 1 bukan warganegara. 

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia

COVID-19 : Kes Tertinggi Dicatatkan Sekali Lagi Sebanyak 3027 Kes Positif

Dalam jumlah 3027 kes positif COVID-19, negeri Johor mencatatkan angka tertinggi iaitu 1103 diikuti dengan negeri Selangor dan Sabah dengan masing-masing 706 dan 493 kes jangkitan.

Dengan jumlah ini juga, setakat ini Malaysia telah mencatatkan jumlah kes keseluruhan sebanyak 128,465 kes positif COVID-19 dengan 102,723 kes sembuh secara kumulatif. 

Adakah kes di Malaysia sudah tidak terkawal sejak gelombang ke-3 berlaku? Dari hari ke hari kes menunjukkan peningkatan. Adakah akan berlaku PKP 2.0 secara tersasar? Nantikan sahaja pengumuman daripada pihak MKN selepas ini.

Jadi diharap kepada orang ramai, terus patuhi SOP terutamanya apabila berada di tempar orang ramai. Sentiasa memakai face mask, cuci tangan sentiasa dengan sabun dan amalkan penjarakan fizikal. Amalkan budaya norma baharu dalam kehidupan. 

Semoga Malaysia terus selamat daripada COVID-19

sumber : MKN

Post a Comment

Previous Post Next Post