Perdana Menteri Akan Umumkan Sesuatu Pada Isnin Ini - Datuk Seri Ismail Sabri

Perdana Menteri Akan Umumkan Sesuai Pada Isnin ini - Datuk Seri Ismail Sabri

YAB Perdana Menteri akan membuat pengumuman sesuatu pada Isnin ini seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri melalui sidang media harian sebentar tadi.

Baru-baru ini tular, katanya Kerajaan akan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar iaitu hanya melibatkan beberapa buah negeri. Namun begitu, MKN memberitahu semua poster & infografik MKN hanya dikeluarkan melalui platform rasmi MKN sahaja.

Dari itu, ramai sudah tertanya-tanya betul ke perkara ini? Bila akan diumumkan jika ianya sahih dan rasmi?

Jadi melalui Sidang Harian tersebut, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan tindakan yang akan dilaksanakan berhubungi situasi semasa jangkitan COVID-19 pada Isnin (11 Januari 2021)

Perdana Menteri Akan Umumkan Sesuai Pada Isnin ini - Datuk Seri Ismail Sabri

Pengumuman Sesuatu Daripada YAB Perdana Menteri

Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, memberitahu:

  • Kerajaan sedang memperhalusi dan menilai tindakan-tindakan yang perlu diambil segera bagi mengawal penularan wabak COVID-19
  • Ini termasuklah mempertimbangkan SOP yang lebih ketat terutama melibatkan sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan.
Pada 7 Januari 2021, kita dikejutkan dengan kes positif harian COVID-19 tertinggi pernah dicatatkan dan buat pertama kali lebih daripada angka 3k iaitu 3027 kes positif. 

Jadi selama 3 hari ini, kita hanya perlu tunggu sahaja tindakan seterusnya daripada pihak Kerajaan dan MKN berkaitan plan seterusnya.

Adakah anda bersedia jika diadakan semula PKP selepas ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post