Info, Sinopsis Dan Tonton Drama Mencari Kiblat Cinta Di TV Okey RTM

Info, Sinopsis Dan Tonton Drama Mencari Kiblat Cinta Di TV Okey RTM

Jangan lupa untuk saksikan drama terbaru terbitan RTM iaitu drama Mencari Kiblat Cinta yang telah mula disiarkan pada 7 Januari 2021 yang lepas.

Drama terbaru Mencari Kiblat Cinta merupakan drama adaptasi daripada novel Mencari "Kiblat Cinta" karya Anita Aruszi tahun 2012. Antara barisan pelakon yang membintangi drama yang bergenre keluarga dan kasih sayang ini seperti Husna Mustaffa dan Syazuwan Hassan.

Tayangan : 26 episod di RTM TV Okey
Pengarah : Jo Yusof
Terbitan : NS Star Studio
Pelakon : Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, Ali Reza, Anne Ngasri, Edika Yusof, Dayana Roza, Raden Zaharatul, Zahrin Aris, Liza Rafar, Nina Fazurina, Sazrin Aizul, Hasnol, dan Ucop Cecupak

Info, Sinopsis Dan Tonton Drama Mencari Kiblat Cinta Di TV Okey RTM

OST Drama

Lagu - Semalam
Penyanyi - Aina Abdul

Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta

Drama Mencari Kiblat Cinta ini mengisahkan satu tragedi hitam, dua beradik terpisah. Danira (Husna Mustaffa) dipenjarakan, sepi dan sendiri di gerigi besi. Naufal pula hilang entah ke mana. Misi pertamanya setelah dibebaskan ialah mencari Naufal, tapi yang ditemukan ialah Tengku Filman, lelaki yang punya segala-galanya.

Tengku Filman memiliki gaya hidup yang sempurna, kerjaya dihormati serta keluarga yang bahagia. Sedangkan dia gadis yang kontras dengan kesempurnaan Tengku Filman. Jika Tengku Filman A, dia pula C. Jika Filman Mr. Right, dia pula hanyalah gadis di loteng usang. Dan kerana Filman, dia menemukan Aliff, seorang lelaki traumatik dengan kenangan kosong.

Dalam sempurna Tengku Filman (Syazuwan Hassan), ada sekeping hati yang tidak pernah sembuh. Namun kerana Danira, dingin Tengku Filman melebur. Wajah Danira memenuhi setiap ruang kosong di hatinya. Cintanya kini berkiblat agung. Bertunjangkan kasih.

Di hadapan orang, dia terlihat bahagia. Miliki segala-galanya yang dimahukan. Tapi dalam senyuman dan gelak ketawanya, rupanya Aliff tidak pernah gembira. Jiwanya menderita, tapi tidak ada sesiapa yang tahu apa yang terpendam sejak sekian lama. Sebuah rahsia hitam, melontar dirinya ke dalam jurang dalam. Namun kehadiran Danira dalam hidupnya telah merubah segala-galanya.

Siapakah yang menjadi pilihan Danira antara Tengku Filman dan Aliff? Mampukah dia mengecap bahagia seperti yang diidamkan seperti dalam angannya?

Info, Sinopsis Dan Tonton Drama Mencari Kiblat Cinta Di TV Okey RTM

Info, Sinopsis Dan Tonton Drama Mencari Kiblat Cinta Di TV Okey RTM

Waktu Siaran

Drama Mencari Kiblat Cinta mula bersiaran pada 7 Januar 2021, setiap hari isnin hingga jumaat, pukul 10 malam di TV Okey RTM (MYTV110 dan Astro CH146).

Jika terlepas, anda boleh saksikan semua episod secara online di RTM Klik rtmklik.gov.my atau muat turun aplikasi RTM klik di Google Play Store dan Apple App Store.

Post a Comment

Previous Post Next Post