Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu Bermula 1 Februari Hingga 31 Mac 2021

Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu Bermula 1 Februari Hingga 31 Mac 2021

MOT hari ini bersetuju untuk memberikan pengecualian bagi tujuan perbaharui lesen memandu dalam tempoh PKP berkuatkuasa 1 Februari 2021 hingga 31 Mac 2021

Kenyataan ini diumumkan melalui Siaran Media Menteri Pengangkutan Malaysia (MOT) selepas menerima maklum balas orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian mengenai Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang telah tamat tempoh sepanjang tempoh PKP di seluruh negara ini.

Ini kerana, perkhidmatan operasi di kaunter JPJ kini telah dihadkan bermula 13 Januari yang lepas. Mereka hanya menyediakan untuk urusan berkaitan Kenderaan Perdagangan dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV) sahaja.

Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu Sepanjang PKP 2.0

Seperti yang diberikan pengecualian perbaharui lesen ketika PKP 1.0 sebelum ini, kali ini MOT juga bersetuju untuk memberikan sekali lagi pengecualian lesen LKM (Road Tax) dan CDL sehingga dari 1 Februari hingga 31 Mac 2021 kelak.

Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu Bermula 1 Februari Hingga 31 Mac 2021

Walaubagaimanapun, pemandu perlu memastikan kenderaan memilik insurans yang sah kepada anggota penguatkuasa sekirannya diminta. Justeru selepas, tempoh pengecualian ini tamat kelak, orang ramai dikehendaki renew lesen dengan kadar segera yang diberikan tempoh selama 30 hari iaitu sehingga 31 April 2021.

Kecuali...

Pengecualian ini tidak diberikan kepada pemilik Kenderaan Perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) kerana perkhidmatan pembaharuan yang berkaitan mereka dibenarkan di bawah Jadual Perkhidmatan Perlu (Essential Services).


sumber : JPJ

Post a Comment

Previous Post Next Post