Aplikasi The Noor Sedia Dimuat-Turun Ke Telefon Pintar Anda

Aplikasi The Noor Sedia Dimuat-Turun Ke Telefon Pintar Anda

Usahawan terkenal, Neelofa hari ini melancarkan sebuah aplikasi premium telefon pintar dengan mengfokuskan gaya hidup Islam yang diberi nama The Noor. Jadi bermula 28 Januari lagi, aplikasi ini sedia dimuat-turun ke telefon pintar.

The Noor pastinya dapat menjadi alternatif kepada aplikasi-aplikasi lain diluar sana yang juga mengfokuskan kepada gaya hidup Islam seperti Muslim Pro, Iman Pro, Waktu Solat Malaysia dan sebagainya.

Nama pada "The Noor" yang bermaksud cahaya di dalam bahasa Arab. Cahaya yang akan menerangi kehidupan setiap Muslim dan akan menjadikan aplikasi ini mudah digunakan pada bila-bila masa secara percuma.

Muat-Turun Aplikasi The Noor

Setelah dilancarkan, kini aplikasi premium The Noor sedia dimuat-turun di telefon pintar. Anda kini boleh muat turun aplikasi di peranti Android dan iOS anda secara percuma.

App Store/button  Play Store/button/#1E90FF

Kelebihan Dan Fungsi Aplikasi The Noor

Jadi apa kelebihan dan fungsi yang ditawarkan oleh aplikasi The Noor kepada pengguna. Jom kita tengok.

#1 - Jadual Waktu Solat

Dengan aplikasi ini, anda boleh ketahui jadual waktu solat bagi setiap kawasan di Malaysia. Jangan risau, pengiraan waktu berdasarkan rujukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bila tiba waktu solat, akan keluar notifikasi bersama audio azan yang dilaungkan oleh 3 pilihan muadzin iaitu Akbar Azmi, Yasin Sulaiman dan Sheikh Idris Sulaiman. Dalam masa yang sama juga, ianya menunjukkan kemaskini cuaca pada hari tersebut.

Aplikasi The Noor Sedia Dimuat-Turun Ke Telefon Pintar Anda

#2 - Fungi Al-Quran Bersama Dengan Terjemahan

Aplikasi ini juga menyediakan fungsi Al-Quran. Jadi anda boleh terus dapatkan semua surah di dalamnya. Ianya memaparkan berdasarkan ayat dan bukannya surah seperti pada Al-Quran. Ianya juga disediakan 10 pembaca dengan voice-over. Selain itu, disediakan juga terjemahan dalam bahasa Inggeris, Melayu, Indonesia, Tamil dan Cina.

Aplikasi The Noor Sedia Dimuat-Turun Ke Telefon Pintar Anda

#3 - Al-Quran Player Yang Diberi Nama The Noor Playlist

Dalam fungsi ini, anda boleh mainkan mana-mana surah daripada Al-Quran juga daripada 10 pembaca sedia ada, pada bila-bila masa sahaja. Yang paling best, walaupun handphone anda dalam mod idle pun, ianya masih dimainkan secara background.

Aplikasi The Noor Sedia Dimuat-Turun Ke Telefon Pintar Anda

#4 - Petunjuk Arah Kiblat Dan Kedudukan Masjid Terdekat

The Noor juga menyediakan fungsi arah kiblat. Anda boleh dapatkan petunjuk arah kiblat dengan menggunakan aplikasi ini. Selain itu dipaparkan juga senarai lokasi masjid terdekat atau berhampiran anda dengan bantuan google map dan waze. Anda klik sahaja dan akan dibawa ke lokasi majid yang anad pilih tersebut.

Aplikasi The Noor Sedia Dimuat-Turun Ke Telefon Pintar Anda

#5 - Disediakan Pilihan Tema

The Noor ada juga menyediakan theme (tema) warna untuk antaramuka bagi anda membuat pilihan mengikut citarasa anda. Terdapat 6 tema berbeza untuk anda pilih; ada noor theme, dawn theme, green forest dan sebagainya.

Aplikasi The Noor Sedia Dimuat-Turun Ke Telefon Pintar Anda

Post a Comment

Previous Post Next Post