Kes Harian Baharu COVID-19 Mencatatkan Angka Tertinggi Lebih 5K Bagi Seluruh Malaysia

Kes Harian Baharu COVID-19 Mencatatkan Angka Tertinggi Lebih 5K Bagi Seluruh Malaysia

Kes harian tertinggi sekali lagi dicatatkan apabila hari ini (29 Januari 2021) telah direkodkan kes sebanyak 5,725 kes jangkitan COVID-19 bagi seluruh Malaysia.

Jika sebelum ini, kes harian tertinggi dicatatkan pada 16 Januari yang lepas. Kini peningkatan lebih 1000 kes menjadikan kes tertinggi sekali gus angka 5 ribu pertama dicatatkan.

Kes Baharu Lebih 5K

Pada hari ini, 29 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 5,725 kes baharu. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia telah melebihi 200k iaitu 203,933. Dengan itu, jumlah kes aktifi dengan kebolehjangkitan virus pula adalah sebanyak 45,478 kes.

Kes Harian Baharu COVID-19 Mencatatkan Angka Tertinggi Lebih 5K Bagi Seluruh Malaysia

Daripada jumlah kes, terdapat 5,268 kes penularan tempatan dan 7 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Hari ini juga telah dilaporkan penambahan 16 kes kematian warganegara dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 733 kes.

Selangor sekali lagi melapotkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 3,126 kes diikuti Kuala Lumpur, Johor dan Sabah dengan masing-masing 687, 684 dan 288 kes. 

Jadi diharap kepada orang ramai untuk sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Amalkan pembudayaan norma baharu. Sentiasa memaki pelitup muka, kerap mencuci tangan dengan sabun dan amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

Post a Comment

Previous Post Next Post