Jabatan Meteorologi Malaysia Nafi Malaysia Bakal Dilanda Musim Sejuk Seperti London Pada Februari Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia Nafi Malaysia Bakal Dilanda Musim Sejuk Seperti London Pada Februari Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) nafi Malaysia akan berlaku cuaca sejuk seperti di Kota London pada Februari ini berikutan musim hujan yang kini berlaku di beberapa kawasan di semenanjung.

Kenyataan ini dibuat menerusi siaran media yang dikongsikan di facebook rasmi MalaysiaMET berikutan berita viral yang disebarkan kononya Malaysia akan mengalami musim sejuk. Ianya merupakan berita lama 2016 yang diulang siar dan maklumat palsu.

Keadaan Cuaca Sejuk Di Malaysia

Dalam kenyataan itu juga, MET Malaysia memberitahu keadaan cuaca sejuk yang dialami di kebanyakan kawasan di Semenanjung terutamanya Pantai Timur dan Pantai Barat pada ketika ini adalah disebabkan keadaan cuaca lembap dan mendung yang berterusan dalam tempoh beberapa hari akibat luruan angin sejuk yang melanda negara.

Selain itu, keadaan rantau negara yang berawan dan tiada sinaran matahri secara terus untuk tempoh beberapa hari yang lepas turut menyumbang kepada berlakunya keadaan cuaca yang lebih sejuk daripada biasa.

Pada 3 Januari 2021, suhu harian minimum terendah yang direkodkan di Terengganu, Pahang dan Johor ialah 21 - 22C. Walaubagaimanapun, keadaan ini adalah biasa apabila hujang dan mendung berlaku sepanjang hari.

Jadi diharap kepada orang ramai, jangan berpusu-pusu ke pasar raya untuk beli winter coat tau. Ini adalah keadaan biasa ketika musim hujan. Selain itu, diingatkan jangan juga bermain air banjir sekiranya kawasan anda dinaiki air ketika ini. 


sumber : MalaysiaMET

Post a Comment

Previous Post Next Post