Kini Lebih Mudah. Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Kini Lebih Mudah. Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Kini anda boleh buat pengeluaran ASB secara online. Kemudahan ini sebenarnya sudah diperkenalkan sejak April 2020 lagi oleh pihak Pihak Amanah Sabah Nasional Berhad (ASNB).

Jika sebelum ini, jika anda ingin keluarkan duit ASB, anda perlu beratur di kaunter ataupun di mana-mana cawangan pejabat pos. Kini untuk tahun 2021, anda boleh boleh buat secara online sahaja. Lebih mudah dan boleh dibuat dimana-mana dihujung jari sahaja.

Dengan pengeluaran dalam talian melalui myASNB, pemegang unit boleh mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB. Jadi wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ANSB ke akaub bank pemegang unit.

Had Maksimum Pengeluaran

Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit. Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100 iaitu sebanyak 3 kali sebulan. Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

Tambahan lagi, pengeluaran secara online ini adalah PERCUMA sahaja.

Jadi untuk menggunakan kemudahan ini, anda terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna myANSB. 

Cara Daftar myASNB

cara daftar myasnb

Langkah 1:

Layari www.myasnb.com.my dan klik ‘Daftar di sini’. Kemudian, baca Terma & Syarat, tandakan kotak dan klik ‘Setuju’.

Langkah 2: (Maklumat Pemegang Unit). 

Pilih jenis Kad Pengenalan dan isikan nombor kad pengenalan anda. Kemudian, pilih salah satu produk ASNB yang anda miliki dan klik ‘Seterusnya’.

Langkah 3: Pengesahan Telefon Bimbit

Jika nombor telefon bimbit yang dipaparkan adalah betul, klik ‘Permintaan TAC’. SMS yang mengandungi nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon anda. Masukkan kod TAC yang diterima dan klik ‘Seterusnya’.

Langkah 4: Pendaftaran Akaun

Cipta ID Pengguna dan Frasa Keselamatan anda dan isikan maklumat yang diperlukan dan klik ‘Tamat’.

Penting: Pastikan anda mengingati ID Pengguna, Frasa Keselamatan dan jawapan untuk semua soalan keselamatan kerana ia diperlukan apabila anda log masuk ke myASNB kelak.


Langkah 5:

Sila simpan kata laluan sementara yang diberikan untuk log masuk kali pertama.

Dah siap daftar semua, barulah anda boleh buat pengeluaran duit ASB secara online dengan mudah dan pantas. Untuk info lanjut, boleh klik disini

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

1.  Log masuk ke akaun myASNB anda di www.myasnb.com.my menggunakan ID dan password yang telah di daftarkan sebelum ini.

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

2.  Klik Portfolio. Kemudian klik Transaksi pada unit amanah yang dikehendaki dan piliha Jualan Balik

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

3.  Pastikan maklumat bank anda betul dan klik Seterusnya

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

4.  Baca, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

5.  Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

6.  Semak semula butiran bank anda di notifikasi dan klik Teruskan

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

7.  Klik permintaan TAC, isikan dan klik Seterusnya

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

8.  Transaksi anda berjaya!

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Diharap dengan kemudahan ini, dapat memudahkan anda ketika ingin membuat pengeluaran duit divided ASB secara online. Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke pautan www.asnb.com.my/onlineredemption

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments