Cara Buat Semakan iSinar KWSP Bagi Kategori 1 (Tarikh Bayaran)

Cara Buat Semakan iSinar KWSP Bagi Kategori 1 (Tarikh Bayaran)

Berita baik kepada anda! anda kini boleh buat semakan permohonan iSinar KWSP bagi kategori 1 bermula 4 Januari 2021. Ikuti langkah dan cara semakan disini.

Bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah membuat permohonan i-Sinar bermula 21 Disember yang lalu, anda kini sudah boleh mula buat semakan status permohonan anda.

Adakah permohonan anda diterima atau ditolak ada bergantung kepada syarat dan kriteria yang disebut sebelum ini oleh pihak KWSP.

Cara Buat Semakan i-Sinar KWSP Kategori 1

Semakan status permohonan iSinar KWSP untuk kategori 1 ini, anda boleh buat melalui 2 cara sama ada melalui aplikasi i-Akaun KWSP atau di Portal i-Sinar itu sendiri.

Portal i-Sinar

Bagi melalui cara portal i-Sinar, anda boleh ikuti langkah dibawah:

  1. Layari portal i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my dan klik pada Semak Status Permohonan
  2. Log In seperti biasa dengan masukkan nombor MyKad dan nombor telefon yang telah didaftarkan sebelum ini dan klik Semak Status
  3. Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada Lulus atau tidak

Cara Buat Semakan iSinar KWSP Bagi Kategori 1 (Tarikh Bayaran)

Aplikasi i-Akaun KWSP

Untuk semakan melalui aplikasi i-Akaun KWSP pula adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi i-Akaun KWSP di telefon pintar anda (Android | iOS)
  2. Log In menggunakan User ID dan password yang telah di daftarkan sebelum ini
  3. Anda boleh semak status pada bahagian Pengeluaran atau Inbox
  4. Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada Lulus atau tidak

Cara Buat Semakan iSinar KWSP Bagi Kategori 1 (Tarikh Bayaran)

Tarikh Bayaran i-Sinar Kategori 1

Jika permohonan i-Sinar Kategori 1 anda lulus, seperti yang dimaklumkan oleh pihak KWSP, pembayaran akan dibuat ke akaun bank anda bermula 11 Januari 2021 (Isnin).

Cara Pembayaran

  1. Bayaran bulan pertama adalah mengikut pilihan anda yang telah anda tetapkan sebelum ini sehingga nilai maksimum RM5000 (baki simpanan Akaun 1 RM100,000 dan ke bawah) dan RM10,000 (baki simpanan Akaun 1 melebihi RM100,000)
  2. Kemudian bagi bulan berikutnya adalah mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda
  3. Cara pembayaran adalah melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank yang anda tetapkan sebelum ini.

Manakala, jika permohonan i-Sinar KWSP Kategori 1 anda ini tidak lulus, anda boleh membuat permohonan bagi Kategori 2 yang akan dibuka pada 11 Januari ini.

Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2

Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2 bermula pada 11 Januari 2021 dan beberapa dokumen sokongan PERLU disertakan.

Ahli yang mengalamai pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Jika dokumen berkaitan tidak dapat dikemukakan, dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Senarai Dokumen Sokongan

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa

Cara Buat Semakan iSinar KWSP Bagi Kategori 1 (Tarikh Bayaran)


Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian hotline i-Sinar KWSP 03-8922 4848 setiap hari isnin hingga jumaat dari 8 pagi hingga 8 malam (kecuali cuti umum Negeri Selangor dan Persekutuan).

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments