GSC Cheras Leisure Mall Dan GSC Berjaya Times Square Kini Ditutup Selamanya

GSC Cheras Leisure Mall Dan GSC Berjaya Times Square Kini Ditutup Selamanya

Pastinya ini berita sedih untuk penggemar filem dimana 2 lokasi panggung wayang GSC kini ditutup selamanya iaitu di GSC Cheras Leisure Mall dan GSC Berjaya Times Square.

Berita ini dikongsikan oleh pihak GSC sendiri menerusi kiriman di laman sosial media facebook dan twitter dimana penutupan selamanya bagi 2 lokasi panggung wayang milik GSCinemas.


2 Lokasi Panggung Wayang Ditutup

Pihak GSC memberitahu, mereka akan hentikan operasi bagi panggung wayang GSC Cheras Leisure Mall dan juga GSC Berjaya Times Square.

GSC Cheras Leisure Mall Dan GSC Berjaya Times Square Kini Ditutup Selamanya

Untuk rekod, GSC Cheras Leisure Mall telah beroperasi sejak 1995 lagi, manakala GSC Times Square mula operasi sejak 2005 tetapi disebabkan keadaan semasa dan tiada kebenaran untuk beroperasi sepanjang tempoh PKPB di Selangor terutamanya, mereka terpaksa tutup panggung wayang tersebut selamanya.

GSC juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penggemar filem yang terus memberi sokongan sebelum ini terutamanya bagi 2 lokasi panggung wayang ini.

Nantikan juga pengumuman dari semasa ke semasa bagi pembukaan semula panggung wayang GSC terutamanya bagi kawasan Lembah Klang. 

So long GSC Berjaya Times Square dan GSC Cheras Leisure Mall.

Post a Comment

Previous Post Next Post