COVID-19: Lagi Angka Harian Tertinggi Dicatatkan Sebanyak 4029 Kes Seluruh Malaysia

COVID-19: Lagi Angka Harian Tertinggi Dicatatkan Sebanyak 4029 Kes Seluruh Malaysia

Kes harian tertinggi sekali lagi dicatatkan apabila, hari ini (16 Januari 2021) telah menyaksikan kes baru dicatatkan sebanyak 4029 kes jangkitan COVID-19 di seluruh Malaysia.

Jika sebelum ini, kes baru tertinggi dicatatkan adalah sebanyak 3027 iaitu pada 7 Januari yang lepas. Kini peningkat lebih 1000 kes menjadikan kes tertinggi sekali gus angka 4 ribu pertama dicatatkan. 

BACA : COVID-19 : Kes Harian Tertinggi Dicatatkan Sekali Lagi Sebanyak 3027 Kes Positif

Kes Terbaru Jangkitan COVID-19 Di Malaysia

Pada hari ini, 16 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 4,029 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 155,095 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 37,126 kes. 

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh 8 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 4,021 kes. Hari ini juga telah dilaporkan terdapat pertambahan 8 kes kematian COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 594 kes.

COVID-19: Lagi Angka Harian Tertinggi Dicatatkan Sebanyak 4029 Kes Seluruh Malaysia

Selangor melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 1,466 kes diikuti Johor, Sabah dan Kuala Lumpur dengan masing-masing 719, 449 dan 347 kes.

Ingatlah, perang melawan COVID-19 masih belum selesai dan semakin hari menunjukkan peningkatan yang membimbangkan. Jadi duduk dirumah jika tiada urusan diluar. Amalkan budaya norma baharu dengan sentiasa memakai face mask, kerap mencuci tangan dan amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

Post a Comment

Previous Post Next Post