Kes Pertama COVID-19 Varian UK Mutasi Protein Spike Telah Dikesan Di Malaysia

Kes Pertama COVID-19 Mutasi Protein Spike Telah Dikesan Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan dimana satu kes COVID-19 varian UK B.1.17 atau 202012/01 mutasi protein Spike telah dikesan di Malaysia. 

Kenyataan ini dikongsikan sendiri oleh Dr. Noor Hisham Abdullah di laman facebook rasmi beliau. 

Menerusi laporan yang disampaikan, kes tersebut datang dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada bulan Disember 2020. Pengembara tersebut didapati positif pada 28 Disember 2020 dan telah diasingkan untuk rawaran lanjut.

Pemantauan Varian Mutasi Di Malaysia

Sejak Oktober 2020, KKM telah melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara-negara yang telah melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk dari United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India. 

Menurut Dr. Noor Hisham lagi, sebanyak 968 sampel telah diuji sejak Oktober 2020 dan telah melakukan “genome sequencing” bagi mengesan jenis mutasi UK B.1.1.7 ini kepada 24 sampel. Setakat 11 Januari 2021, tiada penularan dalam negara telah dikesan berkaitan virus mutasi UK B.1.1.7 tersebut.

KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa. 

Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak menyebabkan gejala yang teruk, namun, ia boleh menular dengan mudah dan cepat. Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka terutamanya di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa.


Sumber : Noor Hisham Abdullah



Post a Comment

Previous Post Next Post