Cara Menabung Sendiri Menggunakan My Goals Yang Disediakan Oleh Maybank

cara gunakan my goals maybank2u

Jika anda cari jalan untuk menyimpan atau menabung, anda boleh guna fungsi atau ciri My Goals yang disediakan oleh Maybank melalui perbankan online Maybank2U.

Masalah kita sekarang adalah sukar untuk menabung, ini kerana jika dapat gaji sahaja, gatal tangan yang mana ada sahaja benda nak beli. Kalau ianya kepada keperluan takpa la juga. Ini tidak, ada sale di shopping mall, mulalah keluarkan debit kad dan terus je swipe kan tanpa fikir untuk tabungan masa hadapan.

Jadi dengan permasalahan inilah, Maybank telah sediakan ciri My Goals dimana, anda boleh asingkan siap-siap duit simpanan seperti yang ditetapkan.

Sebagai contoh, kalau anda ingin berkahwin dalam masa 2 tahun dan perlukan RM20 ribu, anda set target untuk kumpul lebih kurang 833 sebulan selama 24 bulan. Jadi setiap bulan, Maybank akan siap-siap asingkan duit tersebut daripada akaun simpanan anda.

BACACara Semak Baki Akaun Maybank

Selain itu, kalau nak guna guna untuk bayar roadtax setiap tahun, bayaran bil tahunan ke atau macam-macam lagi, set kan je dan tulis description mengikut kemahuan anda. Nanti Maybank akau tolak duit siap-siap tanpa ada sedari.

Lebihan gaji yang tinggal tu, barulah anda boleh guna untuk keperluan harian anda.

Fungsi My Goals tak perlu pun anda pergi Maybank untuk bukan akaun asing, kerana ianya boleh ditetapkan melalui Maybank2u je. Tak perlu daftar apa-apa, hanya perlu set kan sahaja.

Jadi jika anda rasa fungsi My Goals ini bersesuaian dengan anda yang sepertinya susah untuk menyimpan, anda boleh ikuti langkah cara aktifkan dan tetapkan My Goals Maybank2u seperti dibawah.

Sebelum itu, untuk melayakkan anda menggunakan fungsi atau ciri My Goals ini, anda mestilah ada dan sudah daftar perbankan internet Maybank2u. Kalau takda, macam mana nak guna kan.

Cara Set My Goals Di Maybank2u

 Langkah 1 

Anda perlu Log In akaun anda terlebih dahulu di www.maybank2u.com.my. Anda tidak boleh gunakan fungsi di aplikasi Maybank2u.

 Langkah 2 

Kemudian anda akan dibawa ke halaman utama Maybank2u. Anda hanya perlu skroll ke bawah sedikit dan akan nampak fungsi Create Goal + dan klik padanya.

cara gunakan my goals maybank2u

 Langkah 3 

Anda perlu isikan tetapan anda mengikut maklumat yang diperlukan seperti Kategori, Goal Name dan Commitment

Kategori - Anda boleh pilih travel, shopping, gift, family, education atau pilih others mana yang tiada dalam senarai.
Goal Name - Isi mengikut apa yang anda mahu
Commitment - Disini terdapat 2 pilihan

cara gunakan my goals maybank2u

cara gunakan my goals maybank2u

by Monthly Amount - anda mahu simpan beberapa jumlah yang anda mahu setiap bulan untuk tempoh yang anda tetapkan
  • Masukkan jumlah (RM) yang anda mahu
  • Masukkan first deposit (pilihan)
  • Masukkan jumlah bayaran secara bulanan yang anda mampu
  • Akhir sekali, Maybank akan kirakan tempoh yang diperlukan untuk anda capai jumlah yang anda mahu

by Duration - anda mahu dapatkan sejumlah amount tetapi tidak terikat dengan simpanan bulanan
  • Masukkan jumlah (RM) yang anda mahu
  • Masukkan first deposit (pilihan)
  • Masukkan tempoh (3 bulan dan ke atas)
  • Akhir sekali, Maybank akan kirakan berapa simpanan bulanan yang akan diambil daripada akaun Maybank anda untuk capai jumlah yang anda mahu

 Langkah 4 

Jika sudah siap set semua. Klik pada butang Start.

 Langkah 5 

Jika sudah betul dan pasti kesemua maklumat, anda perlu request TAC nombor. Akhir sekali masukkan nombor tersebut dan tekan confirm! Selesai!

cara gunakan my goals maybank2u

cara gunakan my goals maybank2u


Post a Comment

Previous Post Next Post