Ramly Burger Mengesahkan Mereka Menggunakan Daging Halal Yang Dipantau Oleh JAKIM

Ramly Burger Mengesahkan Mereka Menggunakan Daging Halal Yang Dipantau Oleh JAKIM

Ramly Burger mengesahkan mereka menggunakan daging halal yang dipantau sendiri oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) secara berkala.

Sebelum ini, kita digemparkan dengan isu kartel daging import dimana daging import yang dibawa masuk ke Malaysia adalah tidak halal. Lebih memeranjatkan, daging-daging tersebut sudah berada di pasaran sejak 40 tahun lagi.

Disebabkan isu ini, rakyat Malaysia kini lebih berhati-hati jika ingin membeli daging proses yang dijual di pasar-pasaraya di luar sana. 

Antara mereka yang terkesan dengan isu ini pastinya sebuah syarikat pengeluar makanan proses, Ramly Food Processin Sdn. Bhd. (RFPSB). Mereka antara syarikat terbesar di Malaysia yang menghasilkan makanan proses berasaskan daging. Tapi daging import yang digunakan adakah termasuk daging yang tidak halal seperti isu diperkatakan ini?

Kenyataan Daripada Ramly Burger

Nampaknya tanpa berlengah, pihak Ramly Burger tampil membuat kenyataan melalui perkongsian surat rasmi yang diedarkan dan dikongsikan di media-media sosial.

Merujuk surat tersebut, pihak FRPSB memberitahu mereka hanya mengimport daging dan lain-lain bahan mentah terus daripada pengeluar dari luar negara dan dipantau sendiri oleh JAKIM secara berkala. 

Oleh itu, ianya disahkan HALAL dan tiada penglibatan orang tengah.

Ramly Burger Mengesahkan Mereka Menggunakan Daging Halal Yang Dipantau Oleh JAKIM

Jadi tiada keraguan berkaitan status halal makanan yang dikeluarkan oleh pihak Ramly Burger ini. Boleh terus sokong lokal!


sumber : SinarHarian

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended