PKPB Di Seluruh Selangor Dan Kuala Lumpur Dilanjutkan Sehingga 14 Januari 2021

PKPB Di Seluruh Selangor Dan Kuala Lumpur Dilanjutkan Sehingga 14 Januari 2021

Melalui sidang media harian hari ini telah mengumumkan dimana PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur akan dilanjutkan 2 minggu lagi sehingga 14 Januari 2021.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan sepatutnya tamat pada 31 Disember 2020 ini terpaksa dilanjutkan kerana kes penularan dan jangkitan COVID-19 di 2 buah negeri ini sepertinya tidak berkurang.

Jadi melalui pengumuman oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri, PKPB perlu dilanjutkan di seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 2 minggu lagi iaitu bermula 1 Januari 2021 sehingga 14 Januari 2021.

PKPB Di Selangor Dan Kuala Lumpur Dilanjutkan 2 Minggu Lagi

PKPB Di Selangor Dan Kuala Lumpur Dilanjutkan 2 Minggu Lagi

PKPB Dilanjutkan

Selain itu, dalam sidang media tersebut juga, Menteri Kanan mengumumkan PKPB di seluruh negeri Sabah juga dilanjutkan sehingga 14 hari. Manakala di Negeri Sembilan, PKPB dilanjutkan di daerah Seremban dan PKPB ditamatkan di daerah Port Dickson pada 31 Disember 2020 ini.

Mungkin SOP Diperketatkan

Dalam sidang media itu juga, Dato' Sri Ismail Sabri juga mengingatkan kepada orang ramai supaya mengikuti SOP yang ditetapkan. Walaupun pihak Kerajaan memberi kelonggaran dan kebebasan rentas negeri, tetapi SOP mesti patuh. Jika gagal, kemungkinan akan membawa kepada SOP yang lebih ketat lagi pada kemudian hari.

Jadi ikutilah segala SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM seperti memakai penutup muka, penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci tangan. Jika tiada urusan, duduk rumah dan jangan keluar.


sumber : MKNJPM

Post a Comment

Previous Post Next Post