Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19 Adalah Harus

Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19 Adalah Harus

Ramai yang tertanya-tanya dan mushkil berkaitan status halal vaksin COVID-19 ini. Adakah ia halal untuk diambil oleh orang Islam terutamanya di Malaysia.

Jadi hari ini, melalu kenyataan media daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zukifli Mohamad Al-Bakri telah dikeluarkan berkaitan status halal vaksin COVID-19.

Status Pengambilan Vaksin COVID-19

Selaras dengan pendirian kerajaan, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang telah bersidang pada 3 Disember 2020 yang lalu, telah mengambil ketetapan bahawa Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19 adalah harus dan ianya wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Ketetapan ini juga telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

Penerangan

Penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiri penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak. Ini terbukti, kaedah pencegahan melalui vaksinisasi dapat dilihat dalam 6 keputusan yang mengharuskan penggunaanya oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia daripada tahun 1988 hingga 2013 iaitu :

  1. Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela)(Tahun 1988)
  2. Imunisasi Hepatatis B (tahun 1988)
  3. Imunsasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus dan Polio (tahun 1989)
  4. Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis (tahun 2002 dan dipinda keputusannya pada 2014)
  5. Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) (tahun 2010)
  6. Vaksin Meningitis Menveo (tahun 2013)

Justeru itu, dalam isu pengambilan vaksin COVID-19 ini ianya adalah ketetapan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan. 

Jadi berkaitan status halal haram vaksin COVID-19 ini sudah diputuskan iaitu hukumnya Harus. Walaubagaimanapun pengambilan vaksin ini akan ditetapkan oleh pihak kerjaan berpandukan daripada pandangan pihak-pihak yang berkepakaran dan juga berautoriti.

Post a Comment

Previous Post Next Post