Cara Aktifkan I-Akaun KWSP Bagi Pengeluaran I-Sinar KWSP Kelak

Cara Aktifkan I-Akaun KWSP Bagi Pengeluaran I-Sinar KWSP Kelak

Ada yang masih belum lagi mempunyai dan aktifkan I-Akaun KWSP? Jangan risau, anda boleh ikuti langkah dan cara ini unutk aktfikkan.

Seperti yang diumumkan, bermula 21 Disember 2020 ini, anda boleh mula mohon pengeluaran daripada akaun 1 iaitu i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga 30 Jun 2021.

Lebih memudahkan urusan permohonan nanti, anda boleh buat melalui I-Akaun KWSP sahaja. Jadi jika anda belum mempunyai i-akaun tersebut, jangan risau anda boleh ikuti langkah ini. Halela Shah ada kongsikan cara daftar dan aktifikan I-Akaun KWSP dengan mudah sahaja.

Cara Daftar Dan Aktifkan I-Akaun KWSP

Untuk sesiapa yang layak untuk memohon i-sinar bermula 21 Disember 2020 nanti, pastikan anda sudah aktifkan i-akaun KWSP.

Untuk aktifkan i-akaun, anda perlu kemaskini nombor telefon untuk proses penghantaran TAC (password). Caranya, anda boleh kemaskini di mana-mana mesin kiosk samada di pejabat KWSP atau agent KWSP seperti Bank komersial antara nya (RHB, CIMB, MAYBANK, BANK RAKYAT) Boleh rujuk laman web KWSP.

Mudah sahaja, Pergi mesin kiosk tu:

1)  Masukkan IC (nombor kad pengenalan)

Cara Aktifkan I-Akaun KWSP Bagi Pengeluaran I-Sinar KWSP Kelak

2)  Baca arahan, ikut sahaja;

3)  Kemudian scan ibu jari

Cara Aktifkan I-Akaun KWSP Bagi Pengeluaran I-Sinar KWSP Kelak

4)  Masukkan nombor telefon;

5)  Tunggu print out akaun BERJAYA didaftar! User ID dan password sementara akan diberi melalui SMS ke nombor telefon yang kita sudah kemaskini tadi.

Cara Aktifkan I-Akaun KWSP Bagi Pengeluaran I-Sinar KWSP Kelak

Untuk lihat senarai kiosk KWSP, anda boleh lihat disini

Daftar I-Akaun Secara Online

Daftar secara online di laman web www.kwsp.gov.my untuk pengaktifan kali pertama (bukan melalui i-akaun apps). Ikut sahaja arahan untuk penukaran user ID dan password yang kekal, buatlah sehingga selesai.

Cara Aktifkan I-Akaun KWSP Bagi Pengeluaran I-Sinar KWSP Kelak

Cara Aktifkan I-Akaun KWSP Bagi Pengeluaran I-Sinar KWSP Kelak

Ikuti segala arahan yang ditetapkan oleh KWSP dan buat sehingga selesai.

Anda juga download aplikasi i-akaun KWSP untuk tengok-tengok berapa baki simpanan kalian yang ada.

Cara Aktifkan I-Akaun KWSP Bagi Pengeluaran I-Sinar KWSP Kelak


sumber [Halela Shah]

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments